NUFFNANG

Tuesday, 30 December 2014

Apa itu Calon Simpanan / Simpanan Lantikan

Keputusan temuduga SPA dan keluar. Tapi status yang ditunjukkan adalah sebagai calon simpanan atau simpanan lantikan sahaja. "Eh, berjaya ke tak ni?" Mungkin ada di antara kita yang musykil dengan status tersebut. Di sini saya lampirkan beberapa Q & A yang boleh membantu anda.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan calon simpanan/ simpanan lantikan?

  A: Calon simpanan ini adalah mereka yang tidak gagal dalam temuduga tetapi masih juga belum       berjaya dilantik ke jawatan tetap. Boleh dianggap, sebelah kaki dah melangkah untuk mendapatkan     pekerjaan di sektor awam. 

Q: Adakah saya dikira berjaya jika mendapat status sebagai calon simpanan ini?

  A: Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga, tetapi menolak jawatan yang ditawarkan. Maksudnya, orang tersebut tak nak bekerja dalam sektor kerajaan walaupun dia dah berjaya temuduga.

Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon simpanan yang ada untuk menggantikan tempat mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Jika, calon simpanan pertama pun menolak juga, calon simpanan kedua akan dipilih.

Ada juga kes lain lain di mana calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: Terdapat keperluan kakitangan yang segera atau kekosongan jawatan oleh sektor awam, maka calon simpanan akan dipanggil untuk bekerja. Kes lain, jika ada permohonan dari Jabatan/Kementerian untuk pengisian jawatan maka SPA akan mengisi kekosongan tersebut dengan calon simpanan. 

Q: Berapa lama tempoh calon simpanan perlu menunggu keputusan sama ada dilantik atau tidak?

  A: Transformasi sebelum ini menyatakan bahawa mulai 1 Jun 2012 tempoh sah laku calon simpanan bukan lagi setahun, tetapi sehinggan calon dilantik tetap. Namun, transformasi tersebut telah dipinda pada Mesyuarat Bil. 23/2014 (2673) yang diadakan pada 20 Jun 2012 yang menyatakan bahawa calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan iaitu selama 2 tahun. Contoh, bagi status calon simpanan yang diluluskan pada 01/06/2014-30/06/2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29/12/2016. 

Q: Berapa cepat / lama calon simpanan akan diserap ke sektor awam?

  A: Ada calon yang menunggu hanya sebulan sudah dipanggil untuk melapor diri bagi lantikan           tetap tersebut. Ada juga selepas 3 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Dan ada juga yang memang tak dapat walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Semuanya bergantung kepada Rezeki.

Q: Bolehkah calon simpanan memohon pekerjaan lain di sektor awam, SPA?

  A: Boleh, dan tiada masalah. Sementara menunggu keputusan tersebut, adalah lebih baik jika calon simpanan mencari peluang pekerjaan lain.Anda boleh menghadiri mana-mana temuduga yang diadakan oleh sektor awam mahupun swasta. Hal ini kerana peratusan peluang untuk diterima masuk ke sektor awam adalah rendah. Kadang kala, jika rezeki menyebelahi, anda akan mendapat jawatan lain di sektor awam. Kemaskini borang permohoanan SPA semula jika perlu. 

Usah risau atau kecewa jika anda mendapat status sebagai Calon Simpanan. Itu juga merupakan satu kejayaan buat anda. Jika ada rezeki, sudah tentu anda akan dipanggil untuk melapor diri di Jabatan/ Kementerian dalam Malaysia. Jika tidak, bermakna ianya bukan rezeki anda.  Sebaiknya, result 'calon simpanan' tersebut anda simpan baik-baik untuk rujukan pada masa akan datang. Sebabnya, anda boleh gunakan keputusan tersebut sekiranya dipanggil dalam interview lain. Masukkan result dalam fail untuk tatapan panel penemuduga. Mana tahu, ianaya mampu mempengaruhi panel dan boleh menolong anda untuk mendapatkan jawatan tersebut  ^__^




2 comments:

Bryan Devier said...

Jika kita menolak jawatan tersebut, adakah kita akan berisiko tidak akan diterima atau akan gagal di temu duga yg lain?

Bryan Devier said...

Jika kita menolak jawatan tersebut, adakah kita akan berisiko tidak akan diterima atau akan gagal di temu duga yg lain?