NUFFNANG

Thursday, 24 April 2014

Panduan Menghadiri Temuduga

Apa itu Temuduga

Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.

Aspek yang dilihat oleh Panel

Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:


  • Sahsiah diri
  • Kelayakan
  • Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Bidang tugas jabatan
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Sebelum Temuduga:

Persiapan Minda

  • Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon
  • Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa
  • Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan
  • Berkeyakinan dan tidak gemuruh
  • Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu
  • Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga
  • Anggap temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu
  • Berdoa untuk kejayaan

Persiapan Fizikal   



Kekemasan untuk lelaki:
  • Berambut pendek dan kemas 
  • Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai 
  • Baju berlengan panjang dan bewarna lembut. Contoh: Putih, biru muda, cream
  • Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai
  • Berkasut kulit seerta memakai stoking bewarna gelap
  • Memakai tanda nama
Kekemasan untuk wanita:                
  • Berpakaian sopan serta tidak menjolok mata
  • Menggunakan make-up yang sesuai serta tidak berlebihan
  • Berkasut tutup penuh (court shoes)
  • Memakai tanda nama

Persiapan Dokumen

Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya di dalam folder lut sinar (transparent).


  • Surat panggilan temuduga
  • Kad pengenalan
  • Sijil-sijil kelayakan akademik (SPM dan ke atas)
  • Siji;-sijil kemahiran
  • Sijil-Sijil kursus
  • Sijil atau surat penghargaan
  • Dokumen sokongan lain jika ada

Pada Hari Temuduga

  • Datang awal seeloknya sejam sebelum temuduga
  • Dapatkan nombor giliran temuduga
  • Duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit

Semasa Temuduga:
  • Beri salam kepada ahli panel temuduga
  • Guna panggilan yang betul kepada ahli panel. Contoh Dato', Datin, Tuan, Puan
  • Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib
  • Duduk selepas diarahkan
  • Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan 
  • Ucap terima kasih kepada panel apabila selesai


Monday, 21 April 2014

Back to normal

Rasanya dah terlalu lama tak menconteng di blog sendiri. Bak kata kawan karib saya , Busy mengalahkan pak menteri! kiki

How's life?

So far so good. Baru habis exam Semester Januari 2014. fuhhh...
Bertarung, berperang selama lebih 2 minggu. Super tired. Ditambah dengan kerja shift yang tak menentu. Kadang-kadang rasa macam nak give up je   T___T
Tapi memandangkan saya ada baki 1 tahun sahaja lagi untuk habiskan study, terpaksa kuatkan dan tabahkan diri. Nasib lah still duduk rumah mak ayah. Almost everything bergantung dan berharap pada mereka. Nak pergi kerja pun ayah yang hantarkan...
Kalau duduk sendiri, memang tak terurus lah jawabnya. Masak pun tak pandai! *krik krik krik...*

How's blog?

Haha soalan wajib pada diri sendiri. biasanya kalau dah tak update berbulan-bulan, UV memang jatuh. But Alhamdulillah, 3 bulan yang lepas UV tersangatlah tinggi. *walaupun tak update blog*
terkejut juga bila tenguk. Rasa macam tak percaya. First time kot dapat UV cecah 200 sehari :')

Ada baki kira-kira 3 minggu sahaja lagi sebelum Semester Mei 2014 bermula. Rasa macam baru je habis exam. dah nak masuk sem baru. cepatnya lah...