NUFFNANG

Tuesday, 7 January 2014

Pengalaman Interview SPA: Pembantu Pendaftaran KP17


Saya mendapat tiga interview daripada SPA dalam tahun yang sama (2012). Interview yang terakhir ialah Pembantu Pendaftaran Gred KP17. Pengalaman temuduga yang lain anda boleh baca di SINI dan SINI. Alhadulillah, tahun 2012 yang lalu rezeki saya murah melalui pelbagai temuduga dan tawaran pekerjaan.

Saya akan kongsikan sedikit panduan dan tips yang saya perolehi semasa di temuduga untuk membantu anda diluar sana. Ini merupakan pengalaman saya semata-mata.  Jadi semua yang saya gariskan di sini tidak akan keluar bulat-bulat. Hal ini kerana soalan-soalan yang diberikan berbeza bagi setiap individu. Tambahan pula saya bukanlah salah seorang daripada panel penemuduga :)

Biasanya panel penemuduga terdiri daripada 2-3 orang. Bergantung kepada organisasi dan keperluan sesebuah jawatan. Masa saya di temuduga terdapat 2 orang panel (lelaki). Seorang daripada pihak SPA dan seorang lagi merupakan Pengarah JPN (Negeri mana saya dah tak ingat).

Berikut merupakan panduan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP17:

1. Perkenalkan diri anda
Hal ini merupakan salah satu soalan wajib yang akan ditanya oleh panel bagi semua jawatan. Jika panel menggunakan bahasa inggeris ketika meminta anda memperkenalkan diri, maka anda WAJIB menggunakan bahasa inggeris juga. Sebelum menghadiri temeduga anda boleh membuat satu teks ringkas dalam kedua-dua bahasa agar anda tidak menggelabah dan tergaru-garu di hadapan panel. Antara butiran yang perlu anda ceritakan ialah nama penuh, umur, sedikit latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, sumbangan dan pencapaian dalam organisasi, masyarakat mahupun negara, sijil-sijil yang anda perolehi dan falsafah hidup anda. Lebih kurang dalam 3-5 minit.

2. Butiran mengenai jawatan yang dipohon
Soalan kedua WAJIB. Antara soalan yang akan ditanya ialah nama jawatan yang dipohon, gaji, tangga gaji, gaji minimum dan maksimum, pergerakan gaji tahunan dan elaun-elaun.

3. Kenapa ingin bekerja dalam sektor awam
Tidak semua calon akan ditanya soalan ini. Tapi bedasarkan pengalaman saya menghadiri 3 temuduga, soalan ini seperti pekara ketiga WAJIB yang ditanya.Hal ini kerana dalam ketiga-tiga jawatan yang saya hadiri, saya mendapat soalan ini. Jika anda ditanya mengenai ini, sediakan jawapan yang bernas, jitu, padat, mantap, dan terbaik. Yakinkan panel bahawa anda layak untuk menjawat jawatan ini.

4. Sedia maklum dengan tugas-tugas Pembantu Pendaftaran KP17
Antara tugasnya ialah memproses Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Kewarganegaraan, Anak Angkat, Perkahwinan dan Perceraian. Pastikan anda tahu secara detail perkhidmatan yang disediakan. Maklumat lanjut boleh layari  http://www.jpn.gov.my/

5. Mengetahui Latar Belakang JPN
 Buat rujukan mengenai moto, slogan, visi, misi, fungsi asas bahagian, struktur organisasi, dan sejarah penubuhan.

6. Menteri JPN dan menteri-menteri yang lain
Menteri yang menerajui JPN adalah YAB Menteri Dalam Negeri kerana JPN merupakan salah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pastikan juga anda tahu 5 (sekurang-kurangnya) menteri-menteri lain di Malaysia dan peranannya. Walaupun tak ditanya, at least anda prepare something

7. Pekhidmatan terkini di JPN
Buat research dengan melayari portal JPN untuk mengetahui jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan oleh JPN bagi memeudahkan orang ramai seperti MyKad, MyPR, MyKas, MyKid, MyEG, MyGov dan lain-lain lagi.

8. Isu-isu semasa dalam negara
Pastikan anda tahu tentang berita semasa yang berkaitan dengan JPN seperti pendatang tanpa izin, kad pengenalan palsu, dan sebagainya. Berikan pendapat anda dan apa sahaja langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut.

9. Soalan Bonus (Bahagian mana yang anda mahu ditempatkan)
Sekiranya berjaya dalam temuduga ini, bahagian mana anda ingin ditempatkan. Sedia maklum bahawa JPN ada 6 bahagian kesemuanya. Rujuk panduan NO 4. Kenapa dan mengapa. Nyatakan secara detail. Tambat hati panel dengan jawapan bernas anda.

10. Soalan Bonus (Kenapa anda yang patut dipilih)
Panel suka melihat keyakinan dan kesungguhan calon. Nah, salah satunya adalah dengan bertanya kenapa anda layak dan patut dipilih dalam jawatan ini. Hal ini kerana calon terdiri daripada semua peringkat dan golongan. Daripada umur 18 tahun sehinggalah 40-an. Daripada sijil SPM sehinggalah Ijazah. Di sini anda perlu mencertikan kelebihan yang terdapat dalam diri anda berbanding orang lain. Sebagai contohnya, sebelum ini anda pernah dikontrak menjawat jawatan yang sama (Pembantu Pendaftaran KP17). Tapi disebakan kontrak anda sudah tamat, maka anda terpaksa mencari pekerjaan yang lain. Di sini panel mengetahui bahawa calon sudah mempunyai pengalaman kerja jawatan yang sama. Kebarangkalian anda untuk dipilih adalah amat tinggi. Atau pun anda pernah ditemuduga jawatan yang sama tetapi tidak berjaya, ceritakan juga.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan panduan ini dapat memberikan sedikit  idea dan gambaran kepada anda dalam membuat persediaan sebelum menghadiri proses temuduga. Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana sebelah kaki anda sudah melangkah ke gerbang pekerjaan. Anda hanya perlu sebelah kaki lagi (proses temuduga) untuk melayakkan diri anda menjawat jawatan ini. Selamat menduduki temuduga dan semoga berjaya.

"Kejayaan tidak datang bergolek jika anda tidak berusaha"



Anda mungkin meminati:

261 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 261 of 261
Anonymous said...

Anonymous 29 may 2015...kamu calon mna?semenanjung,sabah atau sarawak?

pyan lahhh said...

Sy pun baru lepas check. ada tahniah tu. Tp sy dpt pejabat ketua pendaftar mahkamah di putrajaya. Kawan sy cakap tunggu surat perlantikan. kat surat tu semua ada tempat waktu tarikh. Tp tak sure berapa lama Kena tunggu smpi rumah.

pyan lahhh said...

Sy pun baru lepas check. ada tahniah tu. Tp sy dpt pejabat ketua pendaftar mahkamah di putrajaya. Kawan sy cakap tunggu surat perlantikan. kat surat tu semua ada tempat waktu tarikh. Tp tak sure berapa lama Kena tunggu smpi rumah.

Anonymous said...

Sya calon sabah. Ada no hp ka? Mana tau kita lapor diri sma2..apa2 hal buleh kontek2 kn..

Anonymous said...

sy pun calon sabah jg...add wechat sy la...yatie2307

Anonymous said...

pyan lahh calon mana iv hari tu?

Azura sulaiman said...

Hi. Assalammualaikum kak. saye dapat jawapan cam ni '

Tahniah! Anda telah berjaya temu duga (tertakluk kepada semakan dokumen dan maklumat individu, pengiktirafan kelayakan dan tapisan keselamatan).
Kementerian/Jabatan :JABATAN PENDAFTARAN NEGARA,BHGN. PENTADBIRAN & PERKHIDMATANARAS 9-11, LOT 2G5, PRESINT 2,62100 PUTRAJAYA.


means saye dapat kerja ni ke cam ner ? and kalau dapat surat tawaran akan dihantar kerumah ya ?

Anonymous said...

Korang dpt masuk website spa x? Aku dah 3 hari cuba xdpt laa..

Anonymous said...

semlm dpt masuk...ari ni x dpt lg...update atau maintenance system kut...

Anonymous said...

Mmg mcm tu ke? Bila nak check jer mesti xdpt masuk. Susah aa camni.

Anonymous said...

sabar...cuba petang2 sikit...mnatau dh ok...interview aritu di mna?

Anonymous said...

Interview di Sandakan, Sabah hari tu..awak bjaya x..sy x tgk result lg ni..

Anonymous said...

sudh check...status dia sama mcm yg si azura sulaiman post di atas tu....

Anonymous said...

Alloo smuanya..rmai plak calon sabah sini kn..jd bila kita lapor diri ni? Ahha

Anonymous said...

Erm saya dpt jdi calon simpanan ja utk pembntu pndftrn kp17...hrp2 dpt lantikan tetap lpas ni tpi 2 3 ari ni x dpt msuk website spa...huhu

Azura sulaiman said...

Anon : awak tau calon simpanan dari mana? Memang ade tulis ke?

Anonymous said...

Hari ni hari ke5 aku try masuk website SPA xdpt langsung. Dah mula panas hati aku ni.

Anonymous said...

Azura Sulaiman, yup. Klu dpt calon simpanan bila kita check keputusan temuduga dia akan kuar mcm ni "Anda telah dikategorikan sebagai calon simpanan bla bla bla". Saya dah 4 kali interview. 2 drp result interview tu calon simpanan.

Fu ey said...

Saya dah 10 kali inteview,ada 4 jawatan dapat calon simpanan,ada dua jawatan yg dpt calon simpanan dah tunggu satu tahun pun tak ada apa-apa berita,sangat kecewa la.

Anonymous said...

Fu ey, kwn sy rmai yg stahun lebih br dipanggil utk lantikan. So be positif dear. Your patience will eventually pay off.. : )

NurCahaya said...

salam, saya nk tanya result interview pembantu pendaftaran kp17 untuk calon semenanjung ni dah ada yg dh dpat result ker? Macam ner nk check yer? sy gna portal,sms sumer bgi response tiada maklumat dalam sistem xdapat ker mksudnyer ye?

Anonymous said...

NurCahaya result utk calon semenanjung dah kuar. Cuma check jerr..sistem mcm dah ok jer tu.

Fu ey said...

Thanks Anonymous 4 June 2015 at 10:30 sebab bagi galakan.Harap harap saya akan dipanggil suatu hari nanti. :-D

Anonymous said...

ada siapa2 yang sudah terima surat tawaran....?

Azura sulaiman said...

Blm dpt lagi. Berapa lama untuk lapor diri slps dpt surat tawaran?

Anonymous said...

masuk minggu ni dh nk minggu ke 3 dah ni...agak2 sebulan agaknya menunggu surat...azura calon dari mana?

Azura sulaiman said...

Anon: sy calon dri smnanjung (Johor ) 😃

Anonymous said...

salam, sya nak bertanya if anyone tahu bila result pembantu pendaftaran kp17 calon semenanjung kluar? sy intview april2015 di kedah..dalam surat pggilan tmuduga ad dnyatakan keputusan kluar 1/6 tp sya dh check spa8i,online, n sms..sumer takder pape klu ada pun ckap tiada maklumat dalam sistem..aduhai xtau la kita cmna nk wat..please sesapa yg thu

NurCahaya said...

Thanks anonymous 5 June 2015 at 16:24...tpikan sampai ke arini dah 9/6/2015 1.13pm sya check xder paper result pown..any suggestion? please help me

Anonymous said...

anon n nurcahaya....bhgn semakan result iv utk calon semenanjung dh ada tu kat dlm sistem...baru tgok td...utk calon sabah n sarawak yg dh xde dh...if xde dlm senarai...better call spa...minta tlg dorang check...

Azura sulaiman said...

Anon 9 jun 13:17: salam. Dah keluar dah keputusan. Pade 1 jun lepas. Sesiape calon semenanjung jom share id we chat. Senang share info. Tq

Anonymous said...

dpt call pengesahan dri jpn putrajaya pagi td....

Azura sulaiman said...

Saye pun dapat call. Cuma surat blm smpai.

NurCahaya said...

wasalam,mekasih anonymous 9 June at 15:53 & 21:24 4 the info

Anonymous said...

ape no telefon spa yang call untuk pengesahan tu eh? sy ada dpt call, tapi x sempat nak jawab semalam...

Anonymous said...

no fon yg call tu 03-88807107...

Anonymous said...

Nak tanya sesiapa calon Sabah yang berjaya boleh share wechat ID x? At least kalau kita lapor diri boleh gerak sama2. Calon lain pn dialu2kan juga. ;)

Anonymous said...

saya pon dah dapat call tadi. dia cakap surat sampai dalam masa 2 minggu ni... tapi terlupa nak tanya, jawatan ni untuk perlantikan tetap ke? - mieza

Azura sulaiman said...

Jom share id we chat sy punya syazura94. Tak kisah calon mane pun yg berjaya. Dialukan.

Anonymous said...

Jom share. WeChat ID : Schiffer88

Dian said...

as salam cik ros, mohon bertanya ye, jika saya sudah berkahwin, adakah pihak spa akan menyediakan tempat tggal sekiranya saya dihantar posting di luar negeri? sbg cth, di putrajaya, adakah status berkahwin pasti akan mendapat tempat penginapan utk y sudah bekeluarga?

Azura sulaiman said...

Salam semua. Ade sesiapa dah dpt email atau surat lapor diri tak ? And nanti jumpe di putrajaya jom tegur2. Hihi

Anonymous said...

tahniah.. mmg dpt dh tu..

Fadil Osman said...

Dah dapat la..

keliru said...

salam...sya bru je hbis intrview hari ni....soklan saya xde pon dlm senarai...org peng'interv' mcm nk test sye je...dye kate spm sye bgus truskan je kat ipta tu knpe nk smbung spa...pastu mcm bg ceramah plak kat saye..aduyai mcm xde harapan je

yvonne said...

Salam cik ros :)
saya baru saja cek (27/12/15) di laman SPA dan saya berjaya temuduga utk jawatan pembantu perpustakaan s17. Berapa lama surat lantikan dan lapor diri akan sampai?

Anonymous said...

salam ada tak calon simpanan yg dapat lantikan tetap utk interview april 2015 ?

Fu ey said...

salam,ada sesiapa yg calon simpanan pembantu penerangan s17 dah tukar status ke lantikan tetap? status saya dah tukar ke lantikan tetap 23 July 2016 yg lalu.

lin said...

sy bertukar jgk status dh dpt lantikan tetap untuk pembantu pendaftaran

Fu ey said...

lin,kamu calon mana? bila lapor diri? sy lapor diri 15/8/2016 ni di putrajaya.

lin said...

sy xdpt surat lg.. fu ey dpt surat bila lagi ? sy dapat taw lantikan tetap bru harini.. sy calon semenanjung

Fu ey said...

lin, sy dpt surat jumaat lalu, tapi bukan jwt pembantu pendaftaran,sy dpt jwt pembantu penerangan.

lin said...

cepatnye smpai surat.. sy x sabar dh ni.. tak sangka dpt jgk lantikan tetap hihi

lin said...

fuey sebelum ni calon simpanan pembantu penerangan ke ?

Fu ey said...

yup lin,sy calon simpanan ,dekat 3 tahun dah.tak sangka masi noleh dpt

lin said...

fu ey rezeki kan sape sangka..

lovini said...

hi..saya dapat panggilan temuduga untuk pembantu pendaftaran kp19...ade tak sesiapa dapat untuk tahun ini 2017..yang dah pergi untuk temuduga ini

Anonymous said...

saya pun ada dpt. tpi temuduga 3 mac 2017

roslita thalib said...

@ fu ey: Walaupun dah terlambat, i still want to wish you congratulations. Penantian 3 tahun akhirnya berbuah manis :) Thank u sebab tolong ros jawabkan komen kawan2 lain. Lepas 2 tahun baru buka blog ni balik. Sigh. Banyak sangat komen yang tak terjawab. Sorry :(

Anonymous said...

hai,dkt sini ada yg dh brjaya dlm temuduga pembantu pendaftran kp19 bulan mac aritu x?

Anonymous said...

Cik dapat menjawab semua soklan dengan betul tak. Apa yg ditanya? Sy pun degree.

«Oldest ‹Older   201 – 261 of 261   Newer› Newest»