NUFFNANG

Monday, 2 December 2013

KFC Stulang Laut sudah beroperasi sepenuhnya

KFC Stulang laut mula beroperasi pada 14/11/2013. Dan merupakan tarikan baru untuk penduduk di Johor Bahru sebab dibina berhadapan dengan Selat Tebrau. Cantik dan tenang. Boleh buat tempat lepak, study, beriadah, santai bersama keluarga dan macam-macam lagi. Memang tak rugi pergi :)

Antara kemudahan yang tersedia:

Wifi
Drive-Thru
Children's Play Area
24hrs Daily
Free Parking
Indoor and Outdoor seating

Apa yang tak bestnya ialah:

Hujung minggu sangat sesak dengan pengunjung.
Tak cukup parking. Ada yang terpaksa parking tepi jalan (membuatkan jam teruk) 
Tak cukup tempat duduk. Tawaf banyak kali pun tak ada tempat. sedih
Kerja pembersihan meja makan agak lambat dilakukan. at last bersihkan sendiri  sebab dah tak ada meja bersih. huhu
Tak dapat merasai outdoor seating yang berhadapan Selat Tebrau sebab 24 jam ada je orang duduk (macam lah aku bermalam dekat KFC kan. hehehe)
Drive-Thru perlu ditambah baik lagi sebab servis agak lambat (kurang pekerja) 
KFC Value Treats (limited time offer) tak tersedia di sini. huwaa :(

yang kat atas tu pengalaman masa hujung minggu. memang ramai yang teramat. mungkin kalau pergi weekdays tak seteruk itu. 











teringin nak pergi? nah alamat ;) kalau yang duduk kat JB mesti tau kan kat mana.

KFC STULANG LAUT JB
(berhadapan Sekolah Foon Yew Stulang)
(200m dari The Zon)
(300m dari Open University Malaysia)
Jalan Ibrahim Sultan, 
80300, Johor Bahru, Johor


Till then..


6 comments:

Sha said...

cantiknya view..

Sukma Haron said...

pergghh...memang lawa lokasinya macam kat Hong Kong......

TelingaBulat said...

wah kemain menghadap laut tuh..heheh..nnti tb boleh g laa

Nur Imani said...

best kalau dapat santai kat tepi laut tuu ^__^

memmetlenggeng said...

Kalau pegi boleh ler menyinggah..tp kl pun ada KFC..ekekee..Jumpa ita jelah kat sana

zimo the clown said...

clown servis here