NUFFNANG

Saturday, 28 December 2013

I'm here @ Cala Qisya JB

Assalamualaikum... 
yuhuuu.. 
"update blog hari ini semata-mata nak cakap dah pergi Cala Qisya. muehehe"


i'm part of Calaqueens. hikhik. betapa gigihnya pergi hari ini!

Semalam plan sebelum pukul 11 pagi dah kena sampai butik Cala Qisya since mereka buka pukul 11 a.m.
dan sebab musabab yang lain adalah untuk grab free maggie shawl! ada 50 helai untuk 50 customer pertama.

tapi memandangkan banyak halangan, jalan jam, nak kena pergi atm, sakit perut tetiba, maka plan semalam terbatal dengan sendirinya. sobsob


radiusite & cala qisya sebelah2 je. syurga membeli belah!

sampai Cala Qisya pukul 11.45 am. mak oii, parking dah penuh, orang ramai sesangat. agak sesak kat dalam butik. nak bayar pun kena beratur panjang. 

serius! 
memang rambang mata. semuanya serba cantik. lagi cantik sebab dapat tenguk dengan dua biji mata ni haa. yelah, sebelum ni kan tenguk kat website, tak pun dekat FB or Instagram je. nak pergi butik dekat Shah Alam tu jauh sangat la pula





mata memang tertumpu dekat LACEY ARA JUBAH sahaja. memang itu niat asal ke sini. sekali tak de size pulak.huwaa,,, sedih sokojap

  

LACEY ARA JUBAH 


tapi sedih sekejap je. dah lepas bergambar dengan kak yana, mood terus happy balik. hihi


kak yana sangatlah friendly. cute pulak tu.
 hana tengah meragam. kalau tak dapat ambil gambar dengan si kecik comel tu sekali. 


ty Cala Qisya for this sweet popcorn. kita datang awal. sempatlah dapat doorgift. free maggie shawl dah habis. 

sebabkan LAJ dah tak ada size, at last, beli blouse & maggie shawl.
 nak usha jubah, shawl, dress yang lain dah tak sempat sebab kena masuk kerja pukul 1 pm

but, definetly  I will come again. tak puas woo shopping tak sampai 30 minit tadi. geram je

tataaa...

see u again.

for those yang nak datang, 

Cala Qisya JB Outlet
18, Jalan Padi Emas 1/5,
Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru

Open : 11 am-8 pm

Behind New Jakel

dah datang sekali, pasti nak datang berkali-kali. trust me!





Tuesday, 17 December 2013

Cala Qisya JB Outlet Launching (28.12.13)

Yeah,,, akhirnya penantian selama ini berakhir jua!
Cala Qisya new outlet store is here in JB 
I am so excited :)

daripada baju, tudung, pants, skirt, dresses, semuanya cantik-cantik belaka. memang rambang mata bila tenguk FB, INSTAGRAM & website diorang.






see.. tak tipu punya. memang semuanya cantik. 

rasa macam nak grab semua je.
tapi memandangkan isi dompet bukanlah tebal mana, maka misi untuk borong secara pukal terpaksa dihadkan mulai sekarang. kang ada yang kena makan pasir dua bulan akan datang. muehehe

Cala Qisya JB Outlet
18, Jalan Padi Emas 1/5,
Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru

Behind New Jakel


So dearies...
Save the date!


Thursday, 12 December 2013

Humanitarian mission for flood victims at Kuantan


Sejujurnya... 
bila ternampak poster ini di facebook page blog.ariff tadi,,,
hati ini meronta-ronta untuk turut serta dan membantu...

tapi disebabkan tuntutan kerja...
 hasrat yang terpendam sejak berminggu lalu terpaksa dilupakan

bagi sesiapa yang berkelapangan dan ingin menyumbang sedikit tenaga, 
bolehlah turut serta dalam misi ini.




saya sebarkan daripada empunya FB iaitu saudara Ariff Shah
https://www.facebook.com/blog.ariff?ref=ts&fref=ts
details seperti berikut


Sukacita dimaklumkan GEL Global Excellence Leadership) mara akan mengkoordinasi satu gerakan besar-besaran membersihkan kawasan yg terjejas akibat banjir di Kuantan..

Transportation, accommodation and food will be provided.. open to ALL

Tarikh boleh dipilih-
12-14 Disember
14-16 Disember
16-18 Disember


Bas akan disediakan pukul 9.30pagi di Mara HQ KL (sebelah sogo) dan akan pulang ke KL kembali pukul 1.30pm.

Sila hebahkan kepada semua orang.. Kerjasama anda amatlah diperlukan. Maklumat lanjut sila hubungi saya. Sila beri nama, no. IC dan pilihan tarikh kepada saya (Make sure I respond back to you)

*sila minta kebenaran ibu bapa dahulu. Surat kebenaran tidak akan diberi. Keselamatan anda tanggungjawab sendiri*


HAZIM AZMI - 013-642 9893

Bantuan anda mungkin dapat meringankan sedikit beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Kuantan.



Wednesday, 11 December 2013

Misi untuk menebalkan muka...

Semenjak dua menjak ni makin malas rasanya nak berblog. Entry pun update seminggu sekali. itu kalau rajinlah. kalau tak rajin, sampai berminggu-minggu dibiarkan sepi.

Salah satu puncanya ialah tak ada mood...
biasalah perempuan. ada masa ok, ada masa tak k.o.
Lumrah...

Berbalik kepada tajuk entry di atas...
kenapa nak tebalkan muka?
bukankah muka aku dah cukup tebal dengan lemak-lemak tepu... ooppss

Sebenarnya aku jumpa satu blog ni
memang best sebab entry semua berkisar tentang makanan...
favorito!
double best ialah kebanyakkan tempat ialah around JB
My Hometown!

Then aku terfikir...
Aku dilahirkan di Johor...
Dibesarkan di Johor...
Sekolah di Johor...
Kerja pun di Johor...
Senang cerita, memang orang Johor asli lah!
erkk tapi bukan keturunan orang asli ye...

Tapi kenapa aku tak boleh update entry macam Papa-NtiQ
walhal aku suka makan...
suka hunting tempat makan baru...
suka jalan-jalan cari makan...
memang suka habiskan duit untuk makan jelah

Salah satu sebabnya...
Aku MALU
Terlebih Malu...
dan tersangatlah MALU untuk snap gambar
kalau masa tu ada orang perasan aku tengah ambil gambar
memang time tu rasa macam nak nyorok bawah meja
sumpah MALU sangat...... huhu


nampak macam tak ada apa-apa
tapi hakikatnya muka ini tengah menahan MALU...
Malu sebab orang-orang dibelakang tu dok tenguk-tenguk
That's why berdiri tegak macam anak patung...
cuba time tu aku posing senget sikit dengan tanda Peace Yo
confirm manusia disekeliling ku akan gelak guling-guling...

Sebab itulah...
misi selepas ini adalah untuk menahan malu...
tebalkan kulit muka 4, 5 inci
dan Snap Snap Snap...

Ini semua aku lakukan untuk belog...
ecewahhh jiwang la pulakss

Tapi inilah hakikatnya...
BLOG+GAMBAR
tak boleh dipisahkan....





Monday, 9 December 2013

Tahun ini semua dapat hadiah yang sama!


Setiap kali musim 
Happy Birthday to you~ (sila nyanyi dengan penuh semangat) tiba,
setiap kali tulah kepala kami jadi pening and sakit... 
sebabnya tak tahu nak bagi hadiah apa... huwaa. nanes kot

Pilih itu salah..
Pilih ini salah...
Semua serba tak kenalah...

 Cuba tenguk kaum Adam. Nampak apa je yang dia rasa berkenan..
terus grab, pergi kaunter, bayar. Settle!
Beza betul dengan kaum Hawa. Selagi tak dapat barang yang dia nak, selagi tulah tak balik. sanggup tidur kat shopping complex. ihiks 

Padahal list dah berjela...
siap tulis lagi barang apa yang nak dibeli.
Dari kasut, baju, tudung, beg, jam tangan, purse, perfume, coklat...
namakan apa sahaja barangan dan aksesori wanita
Semua habis ditulis

Tapi hakikatnya bila masuk je Shopping complex
mulalah menganga tak tahu nak beli apa
murah sangatlah...
mahal sanagtlah...
tak cantiklah, tak berkenanlah...
macam-macam complain nya!

Akibat daripada terlalu pening dan malas nak fikir panjang...
Akhirnya tahun ini kami decide untuk hadiahkan benda yang sama sorang satu!

Birthday Madarita, Azlina, Zaniah dan tidak terkecuali aku...
Semua dapat BAG.
Haa kan senang... 
Tak ada yang lebih
Tak ada yang kurang
dan
Tak ada yang kecik hati... hihi


(14 Februari-Azlina Shopi)

(18 March-Madarita Ahmat)


(06 April-My Birthday)


(16 Oktober-Zaniah Ishak)

yang lagi gempaknya..
3 daripada 4 BAG kat atas beli kat PADINI!
woottt3
PADINI cukup kaya dengan kami berempat je. muehehe

Tahun depan nak bagi??? 
tak kan Bag lagi
aisehhh.
pening melanda kembali

XOXO


Wednesday, 4 December 2013

Reunion Pengawas 2002-2013

#Throwback
Majlis diakadan pada bulan September lalu di KSL Resort & Hotel. Baru sekarang nak update. ihiks. biasalah, kita kan rajin sikit.

Memang meriah sebab reunion ini julung kali dianjurkan oleh pihak sekolah. Yang bestnya, batch pengawas dari 2002-2013 digabungkan sekali. haa, ramai tak ramai.
Ada yang dah kahwin, bertunang, mak orang pun ada ;) siap bawak anak lagi sekali tu. sporting sangat.

Bertemakan dashing purple, semua nampak cantik, anggun dan kacak. pewwiitttt


Batch Pengawas Pertama, 2002



kan dah cakap...siap bawak baby lagi :)


3 serangkai. ke mana-mana bersama. memang tak boleh dipisahkan. merekalah penyeri majlis sekolah. 
dari kiri: kak dewi, kak sharafina dan kak rafizah. 
note: dah kahwin punn. jangan nak nguratt pulaks :P


haip.. dengar cakap kami. (senior)




with my bff. lagi 2 orang tak dapat datang. uhuk sedih :(

           


bersama Pn Sim Biong Hong. cikgu matematik masa form 1. awet muda tuu


 MC potpet-potpet berpantun, kami sibuk bergambar





kawan baik dari sekolah sampailah sekarang. Geng XY. kekeke


kalau bab makan, memang tak toleh kiri kanan dah. fokus!


Inilah untungnya duduk meja VIP. tak payah beratur ambil makanan. semua disediakan.
tinggal masuk mulut. muehehe. 

     

                               sebelum                                                                 selepas


Dress: Tewah dekat Tesco 
Tudung: Aidijuma Garden

Nampak tak perbezaan yang ketara di situ. Lepas je majlis, tudung pun tukar style. Nampak sangat malas. kiki

Majlis berlangsung daripada pukul 12 tengahari sampai 4 petang. Walaupun singkat, tapi cukup memberikan kesan mendalam. Gembira, sedih, terharu semua bercampur aduk. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni. Dah lepas 5 tahun tinggalkan sekolah menengah baru jumpa balik.

Pengalaman beharga :)

Till then


                             

Tuesday, 3 December 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM


Assalamualaikum. 

HH buat giveaway. mudah dan senang. hanya empat step sahaja. Oh ye, hadiah yang bakal dimenangi ialah wang tunai RM50. banyak tu. tapi seorang pemenang sahaja dicari. 



tarikh tutup penyertaan ialah 15 Disember 2013. kalau nak join, klik banner di atas ye.

Salam Maghrib ;)


Monday, 2 December 2013

KFC Stulang Laut sudah beroperasi sepenuhnya

KFC Stulang laut mula beroperasi pada 14/11/2013. Dan merupakan tarikan baru untuk penduduk di Johor Bahru sebab dibina berhadapan dengan Selat Tebrau. Cantik dan tenang. Boleh buat tempat lepak, study, beriadah, santai bersama keluarga dan macam-macam lagi. Memang tak rugi pergi :)

Antara kemudahan yang tersedia:

Wifi
Drive-Thru
Children's Play Area
24hrs Daily
Free Parking
Indoor and Outdoor seating

Apa yang tak bestnya ialah:

Hujung minggu sangat sesak dengan pengunjung.
Tak cukup parking. Ada yang terpaksa parking tepi jalan (membuatkan jam teruk) 
Tak cukup tempat duduk. Tawaf banyak kali pun tak ada tempat. sedih
Kerja pembersihan meja makan agak lambat dilakukan. at last bersihkan sendiri  sebab dah tak ada meja bersih. huhu
Tak dapat merasai outdoor seating yang berhadapan Selat Tebrau sebab 24 jam ada je orang duduk (macam lah aku bermalam dekat KFC kan. hehehe)
Drive-Thru perlu ditambah baik lagi sebab servis agak lambat (kurang pekerja) 
KFC Value Treats (limited time offer) tak tersedia di sini. huwaa :(

yang kat atas tu pengalaman masa hujung minggu. memang ramai yang teramat. mungkin kalau pergi weekdays tak seteruk itu. 











teringin nak pergi? nah alamat ;) kalau yang duduk kat JB mesti tau kan kat mana.

KFC STULANG LAUT JB
(berhadapan Sekolah Foon Yew Stulang)
(200m dari The Zon)
(300m dari Open University Malaysia)
Jalan Ibrahim Sultan, 
80300, Johor Bahru, Johor


Till then..


Sunday, 1 December 2013

Menang Segmen Sally

Lama tak update blog, umm lebih kurang seminggu. rasa kekok pula nak menulis. terima kasih kepada yang sudi singgah sini walaupun jarang blogwalking balik. *terharu* uhuk. terima kasih juga kepada encik random sebab pilih AKU untuk jadi salah seorang pemenang Simple Segmen by Sally 

ihik. macam tak percaya je kan.

tadaaa~~
inilah hadiahnya.

curi dari blog sally ;) jangan marah sally.

tak tau sally bagi yang mana satu. semuanya cantik. katanya, hadiah dah di postkan semalam. mungkin next week sampai. tak sabar pula :D

terima kasih sally sebab anjurkan segmen ni. tak pepasal kita menang. hehe