NUFFNANG

Wednesday, 13 November 2013

Pelarasan elaun penjawat awam adalah tidak benar sama sekali

Isu  Pelarasan Elaun Penjawat Awam memang hangat diperkatakan kebelakangan ini.  memandangkan saya salah seorang daripada 1.1 juta penjawat awam tersebut, maka saya pun turut terlibat sama untuk mengetahui kesahihannya. sama ada ianya benar atau hanya khabar angin sahaja.

Siapa yang tak mahu elaun dinaikkan bukan? semua mahu dan saya lagi mahu. sebab kos sara hidup pada zaman sekarang bukan macam dulu lagi. dan semua orang tahu yang gaji penjawat awam bukanlah  besar mana jika nak dibandingkan dengan sektor swasta. lebih-lebih lagi golongan macam kami ni yang gred 17 dan ke bawah.

tapi kami bersyukur dengan kerja yang kami terima. happy. berbakti untuk negara dan masyarakat. tak semua orang dapat peluang macam ini. ketika berita elaun ini heboh di sana sini, rata-rata daripada rakan sejawat saya memberikan komen yang negatif dan positif. ada yang cakap khabar angin. dan ada yang kata mungkin juga elaun akan naik. tapi kebanyakkan daripada mereka dan saya sendiri hendaknya mengharapkan agar ianya benar-benar terjadi.

tapi... ada tapinya. mesej yang tersebar meluas daripada whatssap ini seakan-akan tidak logik. cuba anda baca dan lihat kandungan mesej di bawah yang saya ambil daripada berita terkini
Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.
Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.
Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

elaun SBM(Subsidi Bahan Mentah)?? adakah anda rasa lgoik jika subsidi ini hanya diberikan kepada penjawat awam sahaja? bagaimana pula nasib rakyat tempatan yang sama-sama menduduki negara ini. pastinya rakyat akan berasa marah dan kecewa jika penjawat awam sahaja yang mampu menikmatinya. dari sini saya perasan bahawa, kandungan mesej ini tidak 100% benar. 

dan pada hari ini, semuanya sudah terjawab.


Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal-KPPA sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web JPA bahawa isu pelarasan elaun yang barharu adalah tidak benar. dan boleh disimpulkan ianya semua adalah khabar angin belaka. 

memang ramai penjawat awam yang akan kecewa setelah mendengar berita ini. tapi apa boleh buat. belum tiba masanya lagi untuk elaun diselaraskan. kami hanya mampu tunggu dan lihat sahaja.



No comments: