NUFFNANG

Tuesday, 5 November 2013

Esok SPM.. Good luck adik-adik

Sungguh, terlalu cepat masa berlalu. Dulu, aku di bangku sekolah. Sekarang aku di bangku Universiti. Dulu aku 17 tahun. Sekarang 22 tahun. Dulu aku budak remaja. sekarang dah jadi orang dewasa. pejam celik, genap 5 tahun dah aku tamatkan SPM.

Dulu aku selalu disogokkan dengan bermacam-macam tanggapan dan andaian. Kalau tak ada sijil SPM susah nak cari kerja. kalau tak lulus dengan cemerlang, tak boleh nak masuk universiti yang handal dan hebat. kalau tak dapat straight A's tak boleh dapat kerjaya yang cemerlang. memang stress sangat dengar.

Persoalannya,, adakah semua yang aku belajar dulu aku aplikasikan dalam kehidupan seharian? jawapannya tidak. akademik bukan penentu kejayaan seseorang. tapi usaha dan semangat itu yang penting. ramai kawan-kawan aku yang tak berapa cemerlang masa SPM. tapi sekarang dah jadi usahawan yang berjaya. buka butik sendiri. ada kereta mewah di usia 22. yang penting ada niat, usaha, semangat dan percaya bahawa rezeki Allah ada di mana-mana sahaja.

So, bagi adik-adik yang bakal menduduki SPM esok...jangan stress ok. straight A's bukan penentu kejayaan. LULUS atau GAGAL lain cerita. lakukan dan berikan yang terbaik untuk kertas peperiksaan anda.

TIPS untuk adik-adik:
1) minta ampun dengan seluruh ahli keluarga. minta mereka doakan supaya adik-adik tenang jawab peperiksaan esok.

2) sediakan kelengkapan peperiksaan seperti pen, pemadam, pembaris, kalkulator dan Slip. pastikan diletak dalam beg siap-siap.

3) tidur awal. jangan ulangkaji sampai lewat malam. sebab esok susah nak bangun. mesti mengantuk dan tak boleh nak focus.

4) sampai sekolah esok, kurangkan bercakap dengan kawan-kawan. jangan tanya soalan berkaitan subjek yang akan diambil. sebab info baru yang diterima akan membuat kita lebih confuse dan bercelaru.

5) banyakkan selawat dan berzikir.

6) baca doa sebelum menjawab kertas peperiksaan.

7) jawab dengan tenang, focus dan jangan nervous sangat. takut nanti apa yang dibaca akan hilang.

8) jangan bincang jawapan lepas tamat kertas peperiksaan *ini penting* kalau kita tahu jawapan kita salah, lagi lah kita sedih dan tak boleh perform untuk kertas esok.

last but not least... GOOD LUCK! Do ur best ok :)

5 comments:

Sally Samsaiman said...

thanks kakak..hehe ^_^

roslita thalib said...

@sally: hihi... kita dah jadi akak-akak kan sekarang. dulu adik-adik

Dayat Lucas said...

wahhh.... siap kasi tips...bagus2... good job :)

roslita thalib said...

@dayat: tips berdasarkan pengalaman. hehe.

memmetlenggeng said...

Semoga mereka semua akan menjadi orang yang berguna pada negara