NUFFNANG

Saturday, 16 November 2013

Cuti Mingguan Jumaat dan Sabtu di Johor belum disahkan lagi...

Tak ada angin tak ada ribut, tup-tup dapat berita yang negeri Johor bakal menggantikan cuti mingguan daripada hari Sabtu dan Ahad kepada hari Jumaat dan Sabtu. cuti mingguan yang sama dengan Kelantan dan Terengganu.

ingatkan tahun depan memang betul jadi lah. tapi semalam baca dalam berita Kosmo cakap sebenarnya cuti mingguan yang nak ditukarkan ni masih belum pasti lagi. masih dalam proses perbincangan dan belum disahkan oleh kerajaan Negeri. kiranya ada orang yang bocorkan rahsia sulit kerajaan lah ni. kalau tak, macam mana orang lain boleh tau ye dak...

bagi aku, kalau cuti ditukar kepada Jumaat dan Sabtu ada baiknya juga. Orang lelaki lagi senang nak pergi sembahyang jumaat. tak terikat dengan waktu dan jam kerja. dan tak terkejar-kejar nak cepat sampai Masjid.  lagi satu, tak adalah rehat panjang dan lama sangat. kalau hari jumaat kan, rehat dari pukul 12.15 hingga 2.45 petang. kadang-kadang aku pun blur tak tahu nak pergi mana time rehat. end up nya, duduk dekat office main game je. haha

umm kalau bab cuti mingguan yang dah biasa dengan Sabtu dan Ahad.. aku tak kisah kot. since selama ni pun cuti aku berterbur. so no matter lah. hehe. yang penting dapat cuti kan.

tak payah peninng-pening ok. kita tunggu je pengumuman kerajaan Negeri sama ada cuti mingguan dituakarkan atau masih sama. yang penting,,, Chilll ;)



1 comment:

memmetlenggeng said...

ada baiknya, tapi dari segi penyelarasan dengan federal memang agak sukar juga, terutamnya orang macam saya yang selalu berhubung dengan negeri...hanya ada 3 hari setengah sahaja boleh berurusan, sebab, khamis, kebanyakannya akan ambil half day (3.30, opis dah tutup)