NUFFNANG

Friday, 22 November 2013

Mnet Asian Music Awards 2013 in Hong Kong hari ini!

Holla...

Penggemar K-POP pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton secara live MAMA Awards dari Hong Kong. semestinya ramai yang ternanti-nanti persembahan artis korea... ^_^




Red Carpet masih berjalan sampai ke saat ini. walaupun terpaksa tenguk tanpa subtitle di channel U, aku sanggup! muehehehe

Setakat ini, artis yang hadir ke red carpet ialah, EXO, A-PINK, SNSD, BIG BANG, LEE DONG WOOK,  dan ramai lagi sebenarnya


Saturday, 16 November 2013

KFC Stulang Laut bakal dibuka..


Agak terperanjat juga bila hari tu lalu jalan stulang laut untuk ke kampus. tiba-tiba dah terpacak satu lot KFC tepi jalan. 




apa yang menariknya, KFC ini dibina berdekatan dengan Selat Tebrau. pemandangan yang cantik walaupun air tak jernih mana. hehe.


rasanya, mungkin tahun depan, KFC ni akan mula beroperasi. entah-entah hujung tahun ni dah siap tak. memandangkan kerja-kerja pembinaan pun hampir 50% siap.

lepas ni, bolehlah selalu melepak dekat sini sebab kampus dengan KFC tak jauh mana. haha




Cuti Mingguan Jumaat dan Sabtu di Johor belum disahkan lagi...

Tak ada angin tak ada ribut, tup-tup dapat berita yang negeri Johor bakal menggantikan cuti mingguan daripada hari Sabtu dan Ahad kepada hari Jumaat dan Sabtu. cuti mingguan yang sama dengan Kelantan dan Terengganu.

ingatkan tahun depan memang betul jadi lah. tapi semalam baca dalam berita Kosmo cakap sebenarnya cuti mingguan yang nak ditukarkan ni masih belum pasti lagi. masih dalam proses perbincangan dan belum disahkan oleh kerajaan Negeri. kiranya ada orang yang bocorkan rahsia sulit kerajaan lah ni. kalau tak, macam mana orang lain boleh tau ye dak...

bagi aku, kalau cuti ditukar kepada Jumaat dan Sabtu ada baiknya juga. Orang lelaki lagi senang nak pergi sembahyang jumaat. tak terikat dengan waktu dan jam kerja. dan tak terkejar-kejar nak cepat sampai Masjid.  lagi satu, tak adalah rehat panjang dan lama sangat. kalau hari jumaat kan, rehat dari pukul 12.15 hingga 2.45 petang. kadang-kadang aku pun blur tak tahu nak pergi mana time rehat. end up nya, duduk dekat office main game je. haha

umm kalau bab cuti mingguan yang dah biasa dengan Sabtu dan Ahad.. aku tak kisah kot. since selama ni pun cuti aku berterbur. so no matter lah. hehe. yang penting dapat cuti kan.

tak payah peninng-pening ok. kita tunggu je pengumuman kerajaan Negeri sama ada cuti mingguan dituakarkan atau masih sama. yang penting,,, Chilll ;)



Friday, 15 November 2013

Jadual Kursus Kahwin Akhir Tahun di Johor Bahru




cadangnya nak pergi hujung tahun ini. tapi, tak ada orang nak teman pula. walaupun sebenarnya tak ada perancangan nak kahwin dalam masa terdeka nit. tapi entahlah, rasa mcam nak pergi je..
 mana lah tau. lepas pergi kursus, jodoh datang kan.... hikhik (^_~




Entry auto publish 15/11-17/11

Assalamulaikum, selamat pagi salam ceria :)

Insyaallah, tepat jam 11 pagi nanti aku akan menaiki bas Transnasional menuju ke Kuantan. dah lama tak pergi jauh. rasa macam gabra pun ada. huhu. oh ye, aku ke kuantan bersama mak je untuk hantar adik pergi L.I. Jabatan apa aku pun tak berapa pasti.

cadangnya hari tu nak pergi satu family. plan nak bercuti sekali. tapi memandangkan adik no 3 aku ambil SPM tahun ni, dan periksa pun masih berjalan so ayah kena stay dekat rumah jaga adik-adik. hee :D

and memandangkan aku pun lama kat sana, umm lebih kurang 3 hari, jadi alangkah baiknya kalau buat entry auto publish. tak adalah blog ini missing update entry hari-hari. kan aku tengah menuju untuk update entry setiap hari. oh yeahhh!

So, this was my first entry (auto publish) :) ada banyak lagi entry yang akan menyusul selepas ini.

for the time being, i can't bw u guys... sorry. uhuk :'(

till then...

Going to kuantan

Hari ini jam 11 pagi akan ke Kuantan dengan menaiki bas Transnasional. Jarang travel pagi. biasanya lebih suka ambil bas malam sebab boleh tidur. hehe tidur lah sangat dengan bas berenjut-renjut kan..

Actually agak takut juga nak naik bas sebab banyak sangat kes kemalangan dilaporkan. bukan tak tau, pemandu bas ni kadang-kadang memang bawa laju. treller pun dia boleh potong. huhu. itu dari pengalaman sebelumnya lah.

Harap-harap driver bas esok ok. tak bawa laju. ikut peraturan dan selamat. InsyaAllah...

Ya Allah, permudahkanlah dan lancarkanlah perjalan kami esok. Semoga kami selamat tiba dan selamat pulang. Amin

Thursday, 14 November 2013

Vote now for "the best korean drama 2013"

Aku bukanlah peminat tegar korean drama. tapi,,, kalau dah disogokkan dengan satu cerita, hurmm alamat memang habislah. layan sampai pening lalat  jawabnya.

and for this year, tah kenapa, tiba-tiba aku terasa macam nak vote jer for "The Best Korean Drama 2013". sebabnya... tahun ni banyak sangat drama yang best and meletops and aku rasa patut undi kot. haha. bukannya aku dapat share pun kalau diorang menang. just for fun

ada 88 drama kesemuanya. dan anda boleh vote 8 je? uhuk. lagi 80 macam mana.. poning den nak pilih. macam lah tenguk semua cerita kan. buahaha

The Best Korean Drama of 2013


here are some rules from koreandrama:

This year, you can chose all Korean Drama showed in year 2013 in ‘The Nomination Round’ which will run from 2013-Nov-9, 00:00KST to 2013-Nov-30, 23:59KST.

The Top 8 in ‘The Nomination Round’ will go into ‘The Final Round’ which will run from 2013-Dec-1, 00:00KST to 2013-Dec-31, 23:59KST.

Rule in The Nomination Round:-
- 1 IP address can only Nominate for 1 time/day
- 1 time can Nominate for maximum of 8 dramas
- Same IP address can Nominate again after 24 hours
- The Top 8 in ‘The Nomination Round’ will go to ‘The Final Round’
- All Top 8 Dramas will count from 0 in ‘The Final Round’


i already done my part... how about you guys? don't miss the chance to vote for your best korean drama ever. hihi

Happy Votting! :)

hujan di pagi hari... sejuk

Ketika orang lain sibuk mengemas ke tempat kerja, aku pula sibuk pulang dari tempat kerja. itulah rutin kalau dapat shift malam...

shift habis pukul 7 pagi nanti. sempat lagi untuk update blog. yeah,,, dapat tidur dengan nyenyak ditambah hujan yang membasahi bandar JB sejak pukul 4 pagi tadi. memang sejuk dibuatnya... fuhh..

good morning guys...
good night to me. haha.

Till then.

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Wednesday, 13 November 2013

Pelarasan elaun penjawat awam adalah tidak benar sama sekali

Isu  Pelarasan Elaun Penjawat Awam memang hangat diperkatakan kebelakangan ini.  memandangkan saya salah seorang daripada 1.1 juta penjawat awam tersebut, maka saya pun turut terlibat sama untuk mengetahui kesahihannya. sama ada ianya benar atau hanya khabar angin sahaja.

Siapa yang tak mahu elaun dinaikkan bukan? semua mahu dan saya lagi mahu. sebab kos sara hidup pada zaman sekarang bukan macam dulu lagi. dan semua orang tahu yang gaji penjawat awam bukanlah  besar mana jika nak dibandingkan dengan sektor swasta. lebih-lebih lagi golongan macam kami ni yang gred 17 dan ke bawah.

tapi kami bersyukur dengan kerja yang kami terima. happy. berbakti untuk negara dan masyarakat. tak semua orang dapat peluang macam ini. ketika berita elaun ini heboh di sana sini, rata-rata daripada rakan sejawat saya memberikan komen yang negatif dan positif. ada yang cakap khabar angin. dan ada yang kata mungkin juga elaun akan naik. tapi kebanyakkan daripada mereka dan saya sendiri hendaknya mengharapkan agar ianya benar-benar terjadi.

tapi... ada tapinya. mesej yang tersebar meluas daripada whatssap ini seakan-akan tidak logik. cuba anda baca dan lihat kandungan mesej di bawah yang saya ambil daripada berita terkini
Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.
Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.
Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.

elaun SBM(Subsidi Bahan Mentah)?? adakah anda rasa lgoik jika subsidi ini hanya diberikan kepada penjawat awam sahaja? bagaimana pula nasib rakyat tempatan yang sama-sama menduduki negara ini. pastinya rakyat akan berasa marah dan kecewa jika penjawat awam sahaja yang mampu menikmatinya. dari sini saya perasan bahawa, kandungan mesej ini tidak 100% benar. 

dan pada hari ini, semuanya sudah terjawab.


Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal-KPPA sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web JPA bahawa isu pelarasan elaun yang barharu adalah tidak benar. dan boleh disimpulkan ianya semua adalah khabar angin belaka. 

memang ramai penjawat awam yang akan kecewa setelah mendengar berita ini. tapi apa boleh buat. belum tiba masanya lagi untuk elaun diselaraskan. kami hanya mampu tunggu dan lihat sahaja.



CPUV #2: SONY year end promo 2013

Alhamdulillah wa syukurillah...

Dapat BE kedua dari pihak NUFFNANG pada bulan ini. BE pertama pada bulan lepas masih on going sampai ke hari ini. tapi earning tak adalah banyak sangat nak dibandingkan dengan blogger lain. masih picisan lagi.



memang tak sangka boleh dapat dalam waktu terdekat ni. walaupun pada hakikatnya memang berharap sangat. kiki. bak kata orang, "dah bagi betis nak peha pula". adat kan. dah bagi sekali, memang akan nak berkali-kali ^_~

Thank you NUFFNANG. huishh,, berpeluh nak tunggu CPUV ni. setahun lebih tuuu.....


Harap Maaf...

Memandangkan internet yang lembab mengalahkan siput sedut... Misi untuk bw dan reply segala comment tak boleh dilaksanakan buat masa sekarang walaupun tengah free habis... uhuk

Mungkin malam ni aku akan cuba untuk buat semua benda ; blogwalking, follow balik follower, comment, update blog, tinggalkan jejak and etc.

Rasa macam pelik pula tak bw blog kawan-kawan yang lain. macam ada something yang hilang gituu.


dapat dari google image.
macam comel je.. hehe


WW #10: THOR 2





gonna watch this movie today.

Tuesday, 12 November 2013

Dapat ole-ole dari Korea?

Assalamulaikum,,, yuhuu. dua hari tak update blog gara-gara internet tak berfungsi.. argghh. sila baca entry di bawah ye. sakit pulak hati kita ni. uhuks.

gara-gara itu jugalah, segala kerja tergendala. email pun baru sempat buka tadi. tup-tup terperasan satu email dari shadira. dia suruh pm alamat? for what. agak pelik jugalah. dengan hati yang diburu perasaan ingin tahu, cepat-cepat buka blog. sah,, shadira from http://akuvsdiashadhira.blogspot.com ada comment di salah satu entry aku. dia cakap ada ole-oleh nak bagi dari KOREA... ^_~



ingatkan, shadira ada kat Korea kat lagi sempena trip dia ke sana. aleh-aleh dah balik Malaysia. macam kejap je kan. hehe. baru pm alamat tadi di Facebook shad. memang excited sangat.

agak-agak, shad bagi ole-oleh apa ye? keychain, baju I love Korea, magnet fridge or bookmark?? tak sabarnya..... :D

p/s: untung berblog. selain dapat kenalan baru, boleh dapat macam-macam hadiah juga. ty dear.


Saturday, 9 November 2013

Internet tak nak dengar cakap...

Grrrr.... ini tandanya tengah geram. harus lah kau tutup mulut sambil ketap gigi.

aisehh,, di saat genting macam ni, boleh pula internet buat hal. huhu. kuota ada lagi. baru pakai separuh. tapi kenapa kau sangat lembab wahai celcom broadband. tidak kah kau tahu tuanmu ini tengah menyiapkan kerja penting. disebabkan kau tak nak dengar cakap, aku menangis dalam hati. susah tau tak.

disebabkan kau juga, aku tak boleh update blog hari ni. tenguk, betapa geramnya tuanmu ini. kalau kau tak ok juga, esok aku cari kekasih hati baru. haa,, nak ke?? cepat elok balik....


Friday, 8 November 2013

Jom Potong Kuku mengikut Sunnah...


Assalamualaikum, salam jumaat..

ketika berkursus di INTURA pada awal bulan Mei 2013 lalu, pegawai yang mengendalikan kursus tersebut iaitu En Abu Hassan, ada memberikan sedikit pesanan buat kami. Nyata, tazkirah ringkas selepas waktu maghrib itu memberikan pengetahuan baru buat saya. kalau sebelum ini saya potong kuku ikut suka hati. tapi sekarang saya ikut sunnah. dapat satu pahala. kalau kita potong kuku ikut hari yang di sunnahkan, dapat satu lagi pahala. dah 2 pahala yang kita kumpul. begitulah penerangannya.






sumber gambar: google

sebaik-baiknya, potong lah kuku pada hari khamis dan jumaat :)
hari ni jumaat... jom potong kuku. hee :D



Thursday, 7 November 2013

Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman

Sally merupakan antara pengomen tegar di blog Kak Mia. bila kak mia update entry baru, pasti Sally tak kan lepas untuk meninggalkan komennya. terdetik juga dalam hatiku ketika itu *rajinnya orang ni bw*

aku ingat kitorang ni dah saling follow memfollow lah ketika itu. so, aku pun abaikan daripada menerjah blog beliau. hihi. tapi, sejak kembali aktif dalam dunia blog ini, aku perasan satu perkara. ke mana-mana sahaja aku pergi, means bw lah.. mesti akan terpacak komen Sally di situ. dah tu, jadi top commentator pulak. *hebat kataku dalam hati* cam mana dia boleh buat ea. rasa kagum sekejap.

detik perkenalan bermula ketika hujung oktober yang lepas, aku pergi menerjah blog Sally, then tenguk senarai follower. sah, memang tiada kewujudan aku di situ. lepas aku follow Sally, terus Sally follow aku balik. mak aihh,,, giler cepat. hehe.

dan... baru aku tahu rupanya Sally peminat tegar CN BLUE. BOICE!!! :) sebab jung yong hwa comels kan?? mihmihmih. ok ok, aku pun minat CN BLUE esp YONG HWA!! erkk jangan marah Sally. tapi aku tak adalah peminat tegar. cuma jadi giler sekejap je bila tenguk konsert CN BLUE (kat u tube je) and bila tenguk yong hwa berlakon. apasal lah mamat ni sweet and comel sangat. bila dia senyum, memang melting habis punya lah. awww suka bila dia shy-shy cat. dah la muda, genius lak tu. tah macam mana, duduk pun boleh tercipta lagu dengan sendirinya. hebat gilerrr.

seingat aku, pertama kali aku dengar lagu CN BLUE masa sekolah menengah dulu, tahun 2009 kalau tak silap. and aku ter addict disebabkan adik-adik aku lah. oh yeahh,, diorang sanggup beli buku EPOP tu tiap-tiap bulan hokayy. sampai mak pun bising.

eh jap jap dah kenapa aku cerita pasal CN BLUE tetiber. and dah kenapa entry aku panjang sangat. buahaha.

Done cerita pasal Sally.

Sally, salam perkenalan sekali lagi. semoga persahabatan yang baru berputik ini akan kekal sehingga ke akhirnya. haa,, sebenarnya nak ajak korang join segmen Sally ni. tu yang tulis entry special sikit. hehe


Contest yang sangat simple dengan hadiah yang super duper comel. and kalau boleh, aku nak semua hadiah tu. mihmih. *tamak* jangan marah ye Sally :D


p/s: for Sally, sila baca sampai bawah okehh. mihmih 
much love,
Ros...


Senarai Puasa Sunat 2013-2014

copy & share :) dapat dari facebook. ada rakan post tadi.

*Senarai PUASA SUNAT 2013-2014* Sepanjang 1435 H

1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014

9. PUASA HARI WUQUF
(BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014

Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNya dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.” (riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)

Lee Kwang Soo fan meeting in Malaysia

Bagi peminat Running Man, pasti sudah terbiasa dengan kehadiran Lee Kwang Soo yang dikenali dengan bermcam-macam nama samaran. start daripada giraffe, betrayer dan macam-macam lagi lah. setiap episodes, ada je kerenah yang dia buat. tapi bila dia tak ada, kompem sunyi. hehe.

semalam dapat berita dari satu sumber mengatakan bahawa Lee Kwang Soo nak buat fan meeting dekat Malaysia? tapi dia sorang jeke yang datang. tenguk harga tiket, perghhh mahal yang amat sangat. paling murah pun RM158? sanggup.... kalau aku memang tak lah. tengah pape kedana.

tak apalah, aku tenguk Lee Kwang Soo kat running man je.. murah, jimat dan tak perlu bayar apa-apa. hehe

tiket belum dijual lagi. tak tau bila dibuka untuk pembelian. mesti beratur orang yang nak beli tu nanti. http://www.ticketpro.com.my/jnp/concert/pop/1203904-lee-kwang-soo.html




Wednesday, 6 November 2013

19: Senarai Novel yang bertajuk "SUAMI"



   

  

  

  

    

   


 


ps: hari ni kan WW.
pss: motif sebenar: tak sempat nak tulis panjang-panjang. sempat copy paste gambar je. XOXO