NUFFNANG

Saturday, 26 October 2013

Selamat berhujung minggu

Pejam celik, dah hari sabtu balik. cepatnya masa berlalu. hujung oktober pun bakal menemui penamatnya pada minggu hadapan. kenapa rasa macam kejap sangat ea??

Biasanya hujung minggu macam ni merupakan sesi bermanja-manjaan bersama ahli keluarga. yelah, dah 5 hari duduk menghadap kerja yang tak ada sudahnya, 2 hari yang tersisa mestilah diluangkan bersama keluarga tercinta mahupun rakan-rakan. ye dak?

Apa plan anda pada hari ini?

1) nak bangun tidur lewat sebab nak balas dendam 5 hari sebelumnya kena bangun awal
2) bersihkan rumah dan persekitarannya. sental sampai berkilat
3) masak yang sedap-sedap dengan mencuba resepi terbaru
4) main game, tonton televisyen dan sambung tidur balik lepas tu
5) tenguk wayang, makan popcorn, jalan-jalan
6) beriadah di pusat rekreasi
7) siapkan homework dan assignment (tapi jarang orang buat kan sebab suka buat last minute.muehehe)
8) aktiviti bermalas-malasan dengan tiada haluan

Plan saya?

niat di hati nak jalan-jalan,
nak tenguk wayang,
nak hunting restoran baru dengan makanan baru,
nak makan ayam goreng,
dan nak lepak di tepi pantai dengan desiran ombak yang membuai (fuhh betul metafora ni)

tapi apakan daya....
semua macam tak kan terlaksana nampaknya sebab tak ada orang nak teman. jalan sorang-sorang macam tak best la. dalah tak pandai drive. adakan kena naik bas awam nanti. malas betul nak bersesak-sesak dengan pelbgai bangsa dalam bas tu.

akhirnya...
plan hari ini hanya duduk di rumah sahaja, siapkan assignment makroekonomi, gaduh dengan adik kejap (gelak jahat), makan apa yang mak masak, tenguk wayang hindustan di TV3, bermalas-malasan dan tidur.

erkkk,,,, seronok ke?? huwaa dah berapa minggu tak dapat keluar mana-mana. asyik terperap dalam office and kat rumah je. sob sob. sedihh betul.

p/s; manfaatkan hujung minggu anda sebaiknya ye. jangan tidur je.... and GOOD MORNING :D

2 comments:

Marou Apple Hijau said...

ok apa weekend duduk rumah dapat rehat2kan diri.

roslita thalib said...

marou: yup, memang betul :)