NUFFNANG

Monday, 14 October 2013

Puasa Hari Arafah

Assalamualaikum.

Sedang elok orang lain di buai mimpi yang indah, aku masih terjaga sehingga ke saat aku menulis entry ini. Bukan disebabkan mata tidak mahu berkrompomi... tetapi ada tugas yang perlu aku lakasankan.

Hari ini merupakan 14 oktober 2013 bersamaan dengan 9 Zulhijah 1434H. oh iya, hari ni merupakan hari ulang tahun rakan sekolahku yang sedang menuntut ilmu di Jepun. Sannah Helwah aku ucapkan :)

dalam ralit kita memikirkan tugas dan tanggungjawab yang perlu kita selesaikan pada hari ini... mungkin kita terlupa bahawa hari ini merupakan hari arafah.

Hari Arafah merupakan hari pada saaat umat Islam yang sedang mengerjakan haji melaksanakan wukuf di Arafah. dan hari ini, kita sangat digalakkan untuk berpuasa. mungkin ada diantara kamu yang lupa akannya, sama jua seperti diriku.

tetapi...
aku merasa sangat beruntung kerana ada 'insan-insan' di sekelilingku yang sering mengingatkan aku akan hal penting seperti ini. terima kasih kepada kak wardina saffiyyah kerana mengingatkan aku di 'instagram'. terima kasih juga kepada imam muda hassan kerana mengingatkan aku di 'facebook'

dan sekarang...
aku cuba mengingatkan diriku sendiri agar sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting dalam kalendar hijriah.

Hari Arafah datang hanya sekali setahun. antara fadhilat yang bakal kita perolehi jika berpuasa sunat pada hari tersebut ialah akan diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu 'anhu berkata, Rasulullah sallAllahu 'alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari 'Arafah, kemudian Baginda menjawab:


يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

'puasa itu (puasa hari 'Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang."

(HR Muslim)


(petikan ini aku perolehi daripada facebook imam muda hassan)

p/s: jom kita puasa sunat hari arafah :) sempat lagi kalau nak sahur. baru pukul 2.45 am







No comments: