NUFFNANG

Tuesday, 2 July 2013

Menghilangkan diri selama seminggu. Apa saja yang saya buat??

Assalamualaikum.

yup! saya memang menghilangkan diri. lari sebentar. tapi bukan lari rumah ye.*mau kena hempuk dengan mak aku nanti. hoho

tapi saya lari daripada kesibukan dunia blog.no update, no bw, no comments...dan yang paling best, no nuffnang and churp2 anymore.

eh jangan salah faham.

nuffnang & churp2 sudah pasti di hati. terpahat dis anubari sejak tahun 2012 lagi. buahaha. maksudnya, tak ada aktiviti menge-check nuffnang & churp2 seperti yang biasa yang saya buat.

biasanya kalau dah telebih kerja lah sangat......

saya akan buat perkara ni:
dua puluh pat jam dok refresh nuff n web burung chomell tu nak tenguk duit ada bertambah ke idak, UV makin naik ke idak. da macam orang desperate pulak. huhu.  macam la hangpa tak pernah buat kan. baik ngaku cepat. muehehe.

erkk,, ada orang yang rindu saya ke? ^_~ buahahah. *ok perasan. dush! (tumbuk muka sendiri)

ok, berbalik kepada cerita di atas. apa je yang saya buat selama seminggu ni tanpa sebarang berita.

1. Busy dengan assignment


nak tepek muka sendiri, kang ada yang muntah hijau pulak. hehe. gambar baby ni lagi comel kan. inilah situasi yang saya hadapi sekarang, sama macam ekspresi baby ni. tengah serabut buat assignment. 3 assignment.

*eleh, sikit je. aku buat 7 assignment tak kecoh pun. yer, memang sikit. student full time mesti akan cakap macam tu. 

tapi berbeza dengan yang buat pjj or part time study. *walawei...3 assignment?? die lorhh. how to finish it lehh. wa busy dengan kerja. belum mau jaga anak lagi. mana ada masa!

hurmmm so?? nilaikan sendiri macam mana tahap kesibukan saya sekarang ni. *macam la kau jaga anak 10 orang kan ros!

2. Part time business

tadi cakap tak ada masa nak buat assignment. busy bagai semua. ni boleh pulak buat part time business?? memang cari nahas budak ni. 

yeah... that's me. kerja lain belum siap, sibuk nak berbisnes bagai. adoss... nak buek macam mano. semua datang pada minggu yang sama. bak kata orang, rezeki jangan ditolak. =')

sebab itulah saya terima offer adik saya untuk jual brooch dekat sekolah dia sempena hari koko. erkk,, tapi bukan saya yang jual yer. adik saya yang tolong. 

alhamduillah, banyak juga hasilnya. penat lelah selama beberapa hari buat itu dan ini. bukan senang woo. mau patah pinggang saya ni duduk lama-lama.

tadaaa, beberapa item yang dijual....





3. Sample Kuih Raya

serius, yang inilah paling banyak menuntut masa tolong mak buat sample kuih raya. then packet kan sebelum diedarkan kepada kawan-kawan. alhamdulillah, berjaya juga upload gambar kuih raya dekat fb tadi. 


kuih kuih... di mana kau kuih! oh yeahhh

pelik? cukup ke tangan saya buat semua ni. memang tak cukup. tapi dicukupkan. haha. 

alhamdulillah, semua dah selesai dan berjalan lancar. assignment masih dalam proses. ada lagi 2 minggu sebelum dihantar. 

yeaa,, minggu ni boleh update blog! 

itu sahaja cerita untuk pagi ni. jangan bosan untuk baca ye :) 

wassalam...







4 comments:

kacang buncis said...

wah...cntik pin tu..nak 1..hehe

roslita thalib said...

@ boleh je dear.. pilih2. nak yg mana. hehe

Ainim Suju said...

busynya kawan kita ni..xpe la, kalau hidup tak busy bukan hiduplah namanya tu kan

roslita thalib said...

@ainim: heeh betul tu ainim