NUFFNANG

Saturday, 6 July 2013

About me... Roslita Thalib

Assalamualaikum, salam sabtu, salam berhujung minggu ;)

Hampir setahun berblogging, baru hari ini  terdetik untuk menceritakan sedikit latar belakang saya, pemilik blog ini iaitu rozeath.blogspot.com 

adakah saya ini insan yang begitu penting sehingga anda diluar sana perlu mengetahui dan mengenali saya?? jawapannya ialah tidak sama sekali. i just want to share with you, who i am because.....

peribahasa melayu mengatakan "tak kenal maka tak cinta". tak gitu??

Mungkin ramai yang sudah mengetahui nama saya sebab kalau saya tinggalkan komen di mana-mana blog pun saya akan tetap gunakan nama penuh saya iaitu roslita...

Nama penuh saya sebenarnya ialah Roslita binti A.Thalib. nama yang singkat dan pendek, tapi penuh dengan makna dan kisahnya yang tersendiri. mudah diingat, tapi mudah juga disalah ertikan... dan mudah untuk ditukar menjadi sebutan yang lain.... Rosli, Rosnita or Rosita. acap kali mendengar orang memanggil saya begitu. tapi saya tak kisah pun. saya memang tak akan toleh dekat orang tu. sebabnya saya akan fikir *dia panggil orang lain tu kot. 




lahir pada 6 april 19xx... dah 22 tahun (boleh agak kan saya lahir tahun berapa), dah besar panjang, dah dewasa, dan dah boleh cari bakal calon menantu untuk mak dan ayah... in sya allah =')

anak sulung daripada 5 bersaudara. 4 perempuan, dan seorang adik lelaki bongsu. yang adik lelaki sorang tu pun alahai baru darjah 2. saya lah abang, saya jugalah kakak... dan saya jugalah yang akan jadi singa di rumah bila semua buat perangai. tak merasa nak jadi adik.

Alhamdulillah, di usia 22 tahun ini sudah memiliki pekerjaan tetap. bekerja sebagai penjawat awam di sebuah kementerian sebagai pegawai khidmat pelanggan. pekerjaan yang mencabar. penuh dengan komitmen dan komited. 1MOCC.... kenal ke idak?? tapi saya takdelah kerja di situ ye. jangan pulak lepas ni call direct line  03-80008000 dan mintak *cik, tolong sambungkan talian dekat cik roslita thalib boleh tak? nak cakap dengan dialah. memang mau kena dashhh dengan orang sana nanti. kerja saya 24 jam. ikut shift. hujung minggu pun bekerja. public holiday pun kerja. jadi jangan fikir kalau kerja kerajaan ni 8-5 je ye. (^_~) amanah dan tanggungjawab kami di sini besar dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di luar sana.

walaupun dah bekerja, pelajaran tetap tidak diabaikan. sudah 2 tahun bergelar mahasiswi di Open University Malaysia dalam bidang Bachelor of  Business Administration with Honour. ambil program jarak jauh (pjj). hujung minggu kelas baru diadakan. kalau clash dengan jadual kerja macam mana pula? terpaksa lah saya korbankan tak menghadiri sesi tutorial. kalau tak faham, saya akan rujuk tutor online yang sentiasa ada untuk para pelajar 24 jam sehari. in sya allah 2015 pengajian saya akan tamat. doakan ye semoga saya mampu menggenggam segulung ijazah dengan pointer yang tinggi nanti ;)

itu sahaja yang boleh saya ceritakan setakat ini. panjang kan. maaf ye kalau boring. dah macam karangan SPM pulak gayanya.

kalau ada sesiapa yang nak berhubung dengan saya boleh rujuk alamat email di bawah ni. selamat berblogging. "tunjuk ajarku sifu" buat blogger yang sudah lama dalam bidang ini. :)

roslitathalib@gmail.com or mawar_09@ymail.com

p/s : saya tak ada nama samaran. nak panggil saya Roslita boleh, ros pun ok, ita pun tak ada masalah...


9 comments:

Shakir Skyllov said...

oh ita..
slmt berkenalan

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda...

gigih sungguh ..pandai ita bagi2kan masa ..kerja dan belajar...moga diberkati dan sukses dalam apa saja bidang dilakukan...

Leeza Eelza said...

Salam Ramadhan..
Bagus muda2 ada semangat untuk belajar.. karier & belajar dua2 memerlukan komitmen..



= sis dah follow ita =

Ainim Suju said...

As salam Ros. Tetibe nak ckp juga,salam perkenalan lagi sekali

Arham Md Ali said...

Selamat berkenalan. Rasa saya pun patut buat column about ni jugak la.

Giorgio Izas said...

Keje Gomen yea... (^_^)
Bagus2, Cerah mase depan... He3
Barula dpt kenal Tuan empunya diri yea... Salam Kenal Cik Roslita...

TelingaBulat said...

sila singgah di rumah saya ;)
http://ceritasitelingabulat.blogspot.com/

Jimatbiz said...

Assalamualaikum..
Kami menyediakan program dropship untuk membantu anda mencari pendapatan tambahan..tiada yuran dan modal diperlukan... pendaftaran adalah percuma..lihat produk di http://jimatbiz.blogspot.com/

kacang buncis said...

mcm org penang...hhee