NUFFNANG

Saturday, 1 June 2013

Tips Belajar : Bagaimana untuk Berjaya

Assalamualaikum...

Semua orang mengimpikan untuk berjaya. pernah tak anda rasa situasi sebigini

1. aku dah belajar, tapi kenapa tak dapat "A"
2. tiap-tiap hari aku baca buku and nota, tapi kenapa aku masih tak ingat
3. aku sentiasa focus dalam kelas, tapi kenapa time exam aku still tak dapat jawab
4. aku pergi tutition untuk tambahkan ilmu, tapi kenapa aku masih gagal dalam certain subject

ya, saya pernah mengalami situasi seperti di atas. bukan satu, tapi semuanya dah pernah saya lalui. daripada masuk Darjah 1 sampai lah sekarang menuntut di Universiti masalah-maslah di atas tak pernah hilang.

saya cuba muhasabah diri. mungkin kita hanya focus pada sesuatu subjek sahaja dan mengabaikan perkara yang lain. mungkin juga kita leka semasa membuat ulangkaji. ataupun mungkin kita terlalu sombong dengan kepandaian yang kita ada.

tapi, sedarkah kita kejayaan yang ingin kita kecapi itu bermula dari niat kita sendiri. tak payah tanya orang lain. tanyalah diri anda sendiri. apakah niat anda pada mulanya untuk belajar?

kalau saya.... niat saya untuk belajar pada mulanya adalah untuk berjaya masuk U yang hebat dan bagus-bagus, nak banggakan ibu bapa saya dan adik beradik yang lain, nak dapat kerja yang bagus, gaji besar dan pangkat yang tinggi...

tak salah kalau kita mempunyai impian sebegitu. tapi lama kelamaan saya mula berfikir. daripada niat yang penuh pengharapan itu tadi apakah yang telah saya kecapi. adakah saya berjaya seprti yang saya harapkan? tak,, saya tidak memperolehi apa-apa pun

kerana apa?

niat kita untuk belajar hanya untuk mengejar duniawi semata-mata.

akhirnya kawan saya tag satu gambar ini di FACEBOOK dan sangat bermanfaat jika dapat dikongsikan bersama.


mungkin saya dan anda lalai dan alpa selama ini. sebab itulah setiap kali sebelum kelas agama bermula kita akan bersama-sama membaca doa penerang hati.


dan alangkah bagusnya jika kita sentiasa mengamalkan doa ini sebelum mempelajari sesuatu perkara. 

Belajar kerana ALLAH.. bukan kerana siapa-siapa ,hanya untuk ALLAH,bukan untuk dapatkan sijil,hanya untuk ALLAH kita pasti akan BERJAYA...! (^_o)

in sya allah. mudah-mudahan kita senantiasa mendapat berkah dari ALLAH S.W.T dan mengecapi kejayaan yang diinginkan. :)

pssttt : peringatan bersama untuk saya dan diri anda.







No comments: