NUFFNANG

Tuesday, 4 June 2013

Cerita di Tanjung Dawai

Kesempatan untuk keluar berjalan-jalan sewaktu kursus 5 hari di INTURA hari tu memang saya tak isa-siakan. bila pengurus cakap nak bawa kami ke Tanjung Dawai, memang laju jelah kaki ni melangkah.

nak tenguk juga macam mana rupa Tanjung Dawai tu sebenarnya. hihi

Bagi sesiapa yang belum pernah pergi ke sana, meh sini saya ringkaskan serba sedikit latar belakangnya (walaupun saya bukan asli Kedah). baru pernah jejak kaki sekali je. kekeke

Tanjung Dawai ni merupakan pekan kecil dekat Kedah. daripada Sungai Petani ambil masa dalam 40 minit untuk sampai. lebih kurang dalam 30 km. dan Tanjung Dawai merupakan syurga makanan laut di Sungai Petani. tapi kami tak berkesempatan pun merasai seafood tersebut sebab kebanyakan kedainya dah tutup. pergi pun dah nak pukul 6. memang tak sempat meninjau semua kedai lah.

pemandangan dari Sunga Petani ke Tanjung Dawai memang sangat cantik. sepanjang tu kita boleh tenguk sawah hijau terbentang dengan bukit bukaunya. cantik :) syokk je bila tenguk. tapi tak sempat snap gambar tu pun sebab hari dah gelap. sobsob









macam-macam boleh jumpa dekat sini. suatu pengalaman yang menarik :)




No comments: