NUFFNANG

Wednesday, 26 June 2013

Wordless Wednesday # 7

baru selesai menghabiskan novel di bawah pada pagi ini :) 

kalau ikut jam rasa macam tak sampai 12 jam dah khatamkan. tapi kalau ikut hari,,, urmmm satu hari setengah lah kot..

 sebabnya semalam baca separuh, pagi ini sambung lagi separuh.. hehe =')




novel ini best... nak buat review kot. nantilah dulu. masa tidak mengizinkan sekarang ini. huhu

ohhh,,, hari-hari boleh jadi WW kalau update blog pun ciput cenggini yang tak sampai satu perenggan 





Monday, 24 June 2013

Rentetan tragedi daripada sahabat pelajar yang kemalangan di Jordan

Sudah hampir seminggu blog ini bersarang daripada kunjungan tuannya (aku lettew)

Kalau dulu time ada masa sikit je mulalah saya refresh blog sendiri banyak-banyak kali. huhu. tak tahulah penyakit apa sebenarnya. syokk sendiri kot....

nasib baik jugalah kak mia liana ada anjurkan beberapa contest yang simple. sempat juga tepek di blog ini. kalau tidak, hurmm harap baca cerita minggu lepas sahajalah yer.

ok, mukadimah dah siap. berbalik kepada tajuk di atas.

niatnya tadi saya buka FB untuk cari beberapa maklumat (biasalah akhir bulan macam ni sibuk dengan assignmnet). tapi saya terpandangkan satu status daripada kak wardina saffiyah mengenai kemalangan yang menimpa pelajar Malaysia di Jordan.

sudah beberapa hari tidak membelek surat khabar. berita pun tidak ditonton. jadi saya memang tidak tahu menahu akan hal ini. tertarik dengan satu link blog yang dipostkan oleh sesorang dalam fb kak wardina. tangan saya pun laju untuk click.

Ya Allah, sungguh terkejut apabila kawan baik kepada mangsa yang kemalangan iaitu saudari humaira yang gugur kandungannya menceritakan kembali detik-detik duka ketika melawat mangsa kemalangan.

sedih dan hiba apabila dapat mengetahui secara langsung apa yang sebenarnya berlaku.

'Dia pulang ke pangkuan yang Esa dengan ucapan dua Kalimah yang Agung , dia insan istimewa di sisi Allah.

Bukankah kalimah itu mampu diucap dengan amalan? sudah tentu dia punyai hubungan istimewa dengan Sang Pencipta. 

Saat berita kematiannya diiringi dengan syahadah itu sampai di telinga, bercucuran air mata memuji Ilahi. Janji-janji Nabi terngiang-ngiang di telinga. Sungguh dia bukan insan biasa.

Tenanglah semua, dia bakal bahagia, disambut girang penduduk di sana, berakhir dia dengan kalimah yang mulia, dia sememangnya insan istimewa. Di sisi Allah yang Maha Perkasa. 

Ku doakan Syurga buatmu selamanya
-kailani zahari-

Innalillah. semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan.

jom baca kisah ini di sini part 1 http://aneeyamira.blogspot.com/2013/06/tragedi-kemalangan-pelajar-jordan-dan.html

part 2 http://aneeyamira.blogspot.com/2013/06/tragedi-kemalangan-pelajar-jordan-dan_23.html










Sunday, 23 June 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, 18 June 2013

Jerebu rupanya - Johor terjejas teruk

Assalamualaikum, selamat pagi.

2 hari tidak menulis entry disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielak.
ahad - kerja, pergi kelas dari pagi sampai petang T.T
isnin - lepak, penat buat assignment and kerja. :(
selasa- yeah,,, ada mood nak buka blog sendiri. hehe :)

saya ni memang jahil tentang berita terkini sebab kalau dah busy sangat, surat khabar tu memang tak layanlah. tolak tepi je. bila dah macam tu, tertanya sendiri. kenapa suasana (semalam) macam suram je. tenguk jam dah pukul 11, tapi seakan pukul 9 pagi lagi.

baru saya tahu, jerebu rupanya. itupun sebab kawan saya yang bagi tahu. kalau tak,,, hurmm sampai ke sudah tak tahu negeri sendiri terjejas teruk sebab jerebu ni. huhu

tadi, sempat jugalah membelek berita harian online. Johor merupakan negeri yang terjejas teruk disebabkan Jerebu ni.

Indeks Penemaran Udara (IPU) di tiga kawasan Johor Bahru :

Pasir Gudang (142)
Larkin lama (116)
Kota tinggi (107)

hurmm agak tinggi bacaannya jika nak dibandingkan dengan semalam. tempat kerja saya berdekatan larkin lama. area rumah pula berdekatan pasir gudang. alahai, kawasan tidak sihat semuanya ni.

psssttt... jaga kesihatan diri ye.pesanan lebih kepada diri saya sendiri sebab asyik keluar rumah je ni. (^_^)


Sunday, 16 June 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking # 3 oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Saturday, 15 June 2013

Tambang Bas Naik 30%

Assalamualaikum.

Sungguh tak disangka tambang bas bakal naik sebanyak 30%. ingatkan sebab raya makin dekat, tu yang naik. tapi bukan. tambang ini akan kekal untuk selama-lamanya jika ia terlaksana.

sebab musabab tambang naik :

1) harga tayar naik. RM1500-RM1600 sebuah.
2) harga casis dan badan bas naik.
3) gaji pekerja naik (kerajaan tetapkan RM900 sebulan) belum campur elaun dan lain-lain

ini gambar yang saya dapat daripada google. tambang perjalanan dari Kuala Lumpur. dari tempat lain tu tak tahu la berapa. huhu



guano ni? kesian dekat pelajar-pelajar yang study jauh. mesti lagi susah nak balik kampung halaman. kalau setakat 10% tak apa lagi kot. ni 30%. banyak tuuu... huhu. belum campur makan, minum dan lain-lain lagi.

info lebih lanjut
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130615/dn_15/Tambang-bas-tetap-naik-30




Hilangkan jerawat dengan OXY10

Assalamualaikum dan selamat petang sabtu :)

Tengahari ni tak nak cerita entry yang panjang berjela-jela lah. kita kasi yang simple, senang baca dan straight to the point ye. sebab saya tahu anda semua malas nak baca kan. huahaha

anda ada masalah jerawat? mesti lah ada kan satu dua biji tu.

eh tak ada jerawat langsung ke? fuyoo hebatnya. kasi tips sikit macam mana nak kasi kulit licin berseri macam anda....nak tahu juga kan. ^_^

urmm bagi yang ada masalah jerawat tu, jangan risau ye. hari ni saya nak kongsikan sikit pengalaman hilangkan jerawat dengan berkesan dalam satu malam sahaja.

tadaaaa....

google image

inilah produk yang boleh hilangkan jerawat anda tu. saya beli dekat guardian RM8.00-RM9.00 macam tulah. tak berapa nak ingat sangat. hehe. (makan semut banyak sangat letteww)

OXY10 ni tak berminyak, jadi nak pakai time bila pun boleh sebab cair. senang nak apply dan tak melekit. 

tapi sebelum pakai tu pastikan muka dah dicuci terelbih dahulu ye. hilangkan semua habuk, debu, minyak-minyak then baru pakai OXY10.

kalau rasa jerawat tu dah nak timbul, cepat-cepat pakai. in sya allah esoknya dah hilang :) memang berkesan

cubalah sendiri kalau nak tahu ianya sesuai atau tidak dengan kulit muka anda. tapi kalau rasa jerawat makin besau lepas cuba oxy10 ni baik berhenti. kang jadi benda lain pulak. hehe

oxy10 ni ada jual dekat Watson, Guardian, Giant, and Tesco.






Friday, 14 June 2013

Komedi Seram dalam Pee Mak

Assalamualaikum dan salam jumaat!

hoyeaah esok cuti. tu bagi budak-budak sekolah.

argghh stress nya..... itu bagi diriku sebab esok kerja shift malam. huhu. dua situasi berbeza dengan ekspresi yang berlainan.

hurmm tapi saya bukan nak update pasal cuti-cuti malaysia ni. tapi tentang movie. siapa suka tenguk wayang.?angkat tangan. siapa suka makan popcorn? angkat jari. siapa suka habiskan duit?? erkkk tak yah angkat apa-apa.... hehe

Perasan tak saya ada update entry coming soon movie yang harus ditonton pada bulan ini? tak baca lagi. aipp. baca cepat di SINI :P

memang banyak cerita best. tapi melampau lah kalau nak tenguk semua kan. macam lah wayang tu mak ayah saya yang punya. haha. mau menipis dompetku ini nanti.

niat di hati nak tenguk after earth. baca feedback orang cakap tak berapa nak best. nak tenguk epic, orang cakap biasa-biasa je sebab dah boleh expect apa yang bakal terjadi.

nak tenguk man of steel, tapi sayangnya belum keluar. huhu. kitorang pergi hari rabu. man of steel keluar esoknya. minggu depan kena pergi wayang lagi la jawabnya. wakaka. memang misi menghabiskan duit betul untuk bulan ini. huhu

hamboii,, banyak betul perkataan 'nak tenguk' dalam entry kali ni. sabor jelah ye. akhirnya kami pilih untuk tonton cerita PEE MAK (thailand)


UISSHHH serius memang sedap gila cerita dia. erkkk bukan sedap yang boleh makan tu.. tak.. ni sedap sebab semua perencah dia cukup. yelah, ada unsur lawak, seram, romantik, sedih, kasih sayang, persahabatan, kejujuran. umm memang banyak lagi lah. semua nilai-nilai murni ada diterapkan dalam cerita ni

memang sangat tak rugi tenguk uollsss!

yang paling tak tahan, unsur lawak dia. memang pecah panggung orang dok gelak 24 jam. seram dia pun menjadi dan kita tak dapat sangka apa yang bakal terjadi ke depannya.

daripada 5 bintang, saya bagi 4 bintang.


eeh, cakap tadi best. kenapa bagi 4 bintang je??

urmm sebabkan endingnya lah. mana boleh hantu hidup sama-sama dengan manusia. sangat tak logik okehh.

siapa yang hantu? siapa yang manusia?

itu anda kena lihat sendiri lah.... hehe. kalau tulis nanti makin panjang lah entry ni.

pstttt... memang sangat sangat bestt... serius, pergilah tenguk dan komen sendiri.



Telefon paling kecil dan teringan di dunia


Sila percaya bahawasanya telefon bimbit paling kecil dan ringan di dunia ini hanya berkuran 70 milimeter, lebar 32 milimeter, tebal 10.7 milimeter, berat 32 gram dan skrin berukuran 1 inci

Dah macam telefon mainan pulak. entah-entah telefon mainan tu lagi besar dari handphone ni kot. hehe

Telefon ini dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa orang Jepun ni memiliki tahap kecerdasan paling tinggi. macam-macam yang mereka cipta sehingga berjaya dipasarkan secara global. 

Teapi handphone ini bukan smartphone ye. dah namanya telefon paling ringan ko, so fungsinya hanya terhad kepada kegunaan asas sahaja seperti SMS dan panggilan telefon. 



Phone Strap 2 WXo6A
gambar : berita harian online




Thursday, 13 June 2013

Kerajaan haramkan blogger 'hantu' - BH

Memang menarik sekali artikel keluaran Berita Harian pada hari ini iaitu mengharamkan blogger 'hantu' yang menggunakan identiti palsu di laman maya. Katanya, selepas ini semua pemilik blog dan portal diwajibkan meletakkan identiti sebenar dalam blog mereka.

Usaha ini dilakukan untuk membanteras kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat palsu kepada pengakses internet. Tambahan pula, individu yang gemar menyebarkan berita palsu akan dikenakan tindakan yang tegas oleh kerajaan.

Hukuman apa ya? saya pun tidak pasti. sama-samalah kita saksikan nanti. hehe.



seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

dan nasib baik juga kerajaan tak akan menapis internet walaupun mempunyai MSC. kalau disekat habislah kita. macam mana nak bw, update entry, buat assignment, tenguk running man dan macam-macam lagi lah. xoxo.

usaha kerajaan  megambil tindakan peraturan 'ketetapan-sendiri' bertujuan untuk memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat yang disampaikan. memang bagus sangat usaha murni kerajaan ni.

lepas ni tak adalah yang gunakan fake profile untuk mengenakan orang lain. macam cerita yang baru terjadi kepada blogger terkenal iaitu Mak Dara. baca entry nya di sini untuk makluman lanjut.

http://www.bicaramakdara.com/2013/06/gambar-mak-dara-di-curi-fake-profile.html

selepas ini tak adalah gelaran 'anonymous' lagi baik di blog, portal mahupun laman web   :)

sumber : berita harian online
baca penuh di sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Blogger_hantu_diharam/Article/





Tuesday, 11 June 2013

Wanita Pontianak Memang Betul Wujud

Macam-macam perkara aneh dan pelik berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar ataupun tidak. Kalau nak cerita pasal hantu, memang semua akan cabut lari. Lebih-lebih lagi kalau cerita pasal cik pon aka pontianak.

Tapi kalau pontianak tu cantik macam Kristen Stewart dalam Twilight mesti ramai yang suka dan tak takut lah pulak. hehe.  Agak-agak kalau benda ni jadi kenyataan kita takut ke tak ye? 

Sebabnya ada seorang wanita berasal dari Wikes Barre, Pennyslvania, Amerika Syarikat ni suka minum darah manusia sejak umur belasan tahun lagi. huhu. dah macam pontianak betul lah pulak.

Siapa orangnya? 

Foto

Julia Caples, 45

Dia percaya kalau setiap kali minum darah dia akan kekal muda dan bertenaga. erkk tak ke pelik. walhal dalam darah tu tak ada zat apa pun yang boleh kekalkan kecantikan seseorang. 


    Foto

Julia bersama Alexi (anaknya) dan Donald (bekas suami)

Walaupun dia seorang peminum darah, tetapi julia merupakan seorang ibu yang penyayang dan sangat menjaga kebajikan anaknya. Harap lepas ni dia akan berhenti daripada melakukan perkara yang tak membawa faedah langsung kepada dirinya. tak pasal-pasal anak cabut lari bila dapat tahu maknya seorang pontianak. heh gurau je.

Nak tenguk video dia hisap darah betul-betul? sila buka you tube sendiri dan search ini

http://www.youtube.com/watch?v=1ynIEMINBjc

tak sanggup nak post di sini. huhu. menggerunkan dan menggelikan. 

Sumber artikel dan gambar : harian metro. untuk info lebih lanjut boleh klik link di bawah ye

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitapontianak/Article





Monday, 10 June 2013

Google Doodle Bergerak - comel sangat

Buka google tadi dan terjumpa google doodle bergerak. comel je. nak save tapi tak boleh pula. at last saya jumpa video ni di you tube.

selamat menonton :) tak lama pun. sekejap je.










Jin pun ada akaun Twitter

Sungguh pelik apabila terbaca di akhbar harian metro bertarikh 10 jun 2013 apabila Jin pun memiliki akaun twitter! erkk nak seram ke tidak yer. huhu. nal percaya ke tidak? saya pun tidak tahu. hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang terjadi di langit dan di bumi.

Katanya, jin tersebut mahu bergaul dengan manusia.

nak tahu dengan lebih lanjut? sila baca keratan akhbar di bawah. penat saya cari. akhirnya jumpa juga di google. credit to google image. tak tahu siapa punya. saya copy & paste sahaja


                        

Sunday, 9 June 2013

Girls,,,you need to read this

Assalamualaikum.

Pernahkah anda terfikir produk kecantikan atau perkhidmatan salon yang selalu digunakan boleh mendatangkan mudarat dan kesan bahaya kepada kulit kita? Saya bukanlah mahu menakutkan anda atau menyuruh anda berhenti daripada menggunakan produk kecantikan. tidak sama sekali.

Tapi, saya ingin mengajak anda untuk lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. takut ianya akan membawa bahaya kepada diri dan kesihatan anda sendiri.

Semalam, saya terjumpa satu blog ini. Beliau merupakan blogger popular di Singapore. sungguh terkejut bila melihat kulitnya yang begitu cantik betukar menjadi seperti alien. maaf, bukan niat saya untuk mengutuk beliau. kalau tak percaya, anda boleh lihat di sini. hal ini disebabkan oleh facial yang dilakukannya di sebuah salon.


sebelum melakukan facial
Lancome-Mat-Miracle-24H-Foundation-BO-01-Review,-Swatches,-Photos-8-Shu Uemura Gloss Unlimited

selepas facial

My-Skin-Ravaged-Allergic-Reaction-After-Facial-Experience_day-1-after-facial_COVER-2

gambar ini saya ambil daripada blog beliau sendiri. sungguh kesian bila kulitnya bertukar menjadi sedemikian. sedih juga bila baca kisah yang menimpa dirinya.

untuk maklumat dan kisah yang lebih lanjut, adalah lebih baik anda melawat sendiri blognya di sini. (saya sangat galakkan jika anda membacanya daripada awal hingga akhir)  http://bunbunmakeuptips.com/my-horrific-post-facial-experience-you-need-to-read-this/

jangan terkejut jika melihat gambar yang mampu meloyakan tekak anda. semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa beliau.

tak salah kalau mahu cantik. tapi jangan sampai membawa padah. menyesal pun tidak berguna lagi. huhu. lebih-lebih lagi yang berkulit sensitif. lebih baik rujuk doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa produk. 






Buat assignment pasal LAHAD DATU??

Yang sebenar-benarnya dan sejujur-jujurnya saya tak berapa nak paham mengenai kes Lahad Datu hari tu. saya baca paper, tapi just on the surface jelah. saya just baca tentang ahli keluarga yang ditinggalkan. baca tentang bagaimana rakyat kita dibunuh dengan kejam. memang touching sangat. baca sambil meleleh air mata ni.

tapi apa sebenarnya yang Sultan Sulu nak? itu yang saya tak berapa nak faham walaupun dah berulang-ulang kali baca. yang saya tahu Sultan Sulu mahukan Sabah. erkk yeke? kalau salah tolong betulkan ye.

hampir tergamam sebentar apabila download soalan assignment untuk subject Introduction to Communication. Kena buat pasal isu Lahad Datu?? OMG, apa aku nak tulis seyhhh! dalah minimum 10 muka surat. mau pengsan fikir idea. uhukkkk   T__T


Best Birthday Card Ever!

Gambar ini diambil daripada Facebook dan di copy&paste ke dalam blog saya.

Brilliant idea anda amazing card...

Pernahkah anda terfikir untuk buat kad macam ni juga??


haha. kalau saya buat  kad macam ni adakah ayah saya faham? dalam bahasa inggeris pulak tu. kompem saya akan jadi penterjemah tidak berbayar nanti. 





Saturday, 8 June 2013

Senangnya bila ada TONTON !

Terlepas tenguk cerita kegemaran anda? jangan risau, segala masalah akan selesai dengan tonton online versi alaf terbaru *ayat bajet macam duta tonton pulak. buahaha.

Bukan apa, dulu kan tak ada tonton online bagai ni. bila dah melepas tenguk cerita favourite, mulalah nak menangis berguling-guling (ehh ada ke macam tu). sekarang tak apayah risau dah. search je tonton, pup terus keluar di senarai pertama. mudahnya!

yang tak mudahnya bila kena register dulu, lengkapkan apa yang dia nak (kalau sikit tak apa lah jugak) adat kan.... pum pang pum pang, log in baru lah boleh tenguk. tu bagi yang berjaya register lah. yang tak berjaya?? sila cuba next time. kekeke.

pengalaman saya, 3 kali register tonton tu baru lah dapat connect. huhu. agaknya ramai sangat yang nak register kot, tu yang jadi jam sekejap. tapi pape pun sekarang dah tak mengalami masalah itu lagi...

tadi baru lepas tenguk tonton online. maklumlah, tak boleh melepas tenguk cerita hot zaman sekarang ni. tak tahu?? hurmm apa lagi kalau bukan SSID. hehe (walhal kau dah katam 3x novel tu ros!)



tapi,, nak tenguk tonton ni kena cepat. kalau lambat, hurmm habis lah anda kena bayar untuk tonton satu episode. dulu free of charge je. sekarang dah kena charge. hehe. 

Selamat menonton!



Breakfast apa pagi ni?

Bila masuk kerja pagi, misi pertama untuk dilakukan adalah memberi perut comelku ini makan. yeahh....

Nak breakfast itu dan ini sebenarnya...





Bajet kat hotel lah pulak pepagi ni ea.... nak demand lebih-lebih

Hakikat yang sebenarnya saya sarap ni je pun. haha



Morning guys :)  jangan skip breakfast ok! nanti tak ada tenaga untuk lakukan aktiviti seharian. dan lepas tu mulalah nak makan banyak-banyak time luch. no no no... nanti gemuks. hehe