NUFFNANG

Saturday, 27 April 2013

Zoo Johor 2013

Assalamualaikum!

Jika anda berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah ke Zoo Johor. Walaupun Zoo Johor tak adalah semegah Zoo Negara, Zoo Melaka atau Zoo-Zoo yang seangkatan dengannya, tetapi ia merupakan salah satu tarikan ke JB.



Tambahan lagi, Zoo Johor ni bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar yang saya pernah post dulu di SINI. yang menariknya, tiket masuk sangat murah oii! memang tak akan dapat dekat zoo lain punya lah.

Tiket untuk kanak-kanak : RM 1.00 per entry
 Tiket untuk dewasa            : RM 2.00 per entry

Hangpa duduk la lama-lama dalam tu sekalipun, sampai 5 jam pun bayarannya tetap sama. tidak ada cas tambahan dikenakan. muehehe.

Kemudahan yang disediakan pun dah semakin bertambah baik, bersih, binatang pun dah banyak. dijamin tak bosan lah. Masa kecik-kecik dulu selalu jugalah ayah dan mak bawak jalan-jalan ke zoo. dah besar ni, giliran saya pula bawak adik-adik yang lain ke sini. ambil alih tugas ayah. mihmih. tapi bukan saya yang drive. adik no 2 yang drive okehh! kakak dia tak pandai bawak kereta. gagaga


jarang dapat jalan-jalan macam ni sebab masing-masing sibuk kerja dan belajar

dan yang paling pasti budak kecik ni lah yang paling suka dapat terjah segala jenis haiwan yang ada dekat sini. haha.


fadhli, adik lelaki bongsu satu2nya dalam family!

oh iya,, kalau merancang ke Zoo jangan lupa bawa botol air, payung, topi, sunglasses... dan lagi satu. camera. macam mana mau snap2 pic kalau camera tak ada bersama kan.



sangat panas. terbako kulit den.. mana taknya, tengahari buta kami dah sampai ke sini.



2 botol air pun tak cukup taw! haussss...


Jom berkenalan dengan cik kak dan cik abang kita di Zoo. wee~~





Tak berkesempatan untuk melihat elephant sebab elephant tengah trainig dekat kuantan. sob3.

Bagi mengubat lara di hati (ayat bajeet!) , kami sempat main benda di bawah ni....

Tadaaa!!!




RM5.00 x suka hati nak berapa lama. buahaha (1 jam pun boleh kalau kau larat)

Sebelum balik,, sempat juga snap beberapa gambar lagi untuk kenangan...







2 comments:

Ainim Suju said...

Saya pernah pegi Zoo Taiping je..itu pun masa sekolah rendah..sampai sekarang tak pernah jejak lagi ke Zoo. Ros, saya dh follow tapi url blog Ros tak keluar dalam Reading List saya..Btw, dah masuk dalam bloglist saya tau

Mimie Najib said...

bestnyaaa..bila nak smpai ke sana.. selalu smpai ke segamat je sebab balik kmpung.. =)