NUFFNANG

Wednesday, 24 April 2013

Tips : senang tidur malam

Mungkin ramai di antara kita yang sukar untuk tidur di waktu malam. saya pun salah seorang daripadanya. (sangat tension bila tak boleh tidur). grrr

Puncanya ialah :


  •  tidur yang terlalu lama di waktu petang
  •  badan terlalu letih (pun susah untuk tidur sebab sakit badan)
  •  makan terlalu banyak sebelum tidur
  •  tekanan dan kerisauan yang melampau (masalah kerja, keluarga, peribadi etc)
  •  masa tidur yang tidak menentu
  •  faktor sekeliling (bunyi bising, tidak selesa etc)
  •  insomnia (kes berat. baik rujuk doktor untuk rawatan selanjutnya)


Dalam entry yang lepas saya pernah post mengenai masalah ini. ramai rakan blogger yang memberikan pandangan dan tips untuk mengatasi kesukaran tidur di waktu malam.

Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah :


  • limitkan masa untuk tidur siang kepada 30 minit atau 1 jam sahaja
  • buat aktiviti yang mencergaskan badan pada waktu siang (beriadah, jogging, berbasikal, shopping etc)
  • cuba ubah tabiat untuk tidur mengikut masa yang telah ditetapkan.tidur yang paling baik adalah 7 hingga 8 jam sehari
  • pastikan tempat tidur dan keadaan bilik selesa serta kemas. (letak fragrance yang menenagkan di dalam bilik tidur)
  • bersihkan diri sebelum masuk tidur (mandi secukupnya untuk menghilangkan lekit pada badan)
  • solat sunat 2 rakaat dan berzikir (perkara yang saya selalu lakukan apabila sukar untuk tidur. Insya Allah lepas 10 minit dah boleh tidur) 
  • baca doa sebelum tidur untuk elakkan benda asing 
selain daripada itu, ada beberapa makanan sampingan (bukan ubat sampingan) yang boleh diambil bagi memudahkan proses tidur.


Makanan sampingan yang boleh diambil :

1) Bijirin

Kajian menunjukkan bahawa minum segelas bijirin rendah gula sebelum tidur mampu menstabilkan "mood" dalam otak dan berupaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang berkesan.
Saya sudah mencubanya sendiri dan ternyata berkesan. saya lebih suka mencampurkan bijirin dan sesudu milo untuk menambahkan perisa. hehe. lepas 10 minit anda akan dapat melihat sendiri hasilnya. ngantuk betul!

2) Telur Rebus

Pernah berasa lapar waktu tengah malam?  ada orang cakap telur rebus boleh memudahkan proses tidur dan pada masa yang sama berkesan untuk mengenyangkan perut yang dilanda kelaparan. hehe. sebanya telur tinggi dengan kandungan protein. tapi masyarakat sekarang lebih suka makan putih telur sahaja daripada kuning telur. sebabnya, nak jaga badan, diet, dan nak elak kolesterol.


4) Popcorn

Popcorn ni kita akan selalu jumpa waktu tenguk movie. tak sah kalau tak ada popcorn dan secawan air gas. rasa macam ada benda yang hilang gittuuu! tapi kan kalau anda perasan, pernah tak rasa ngantuk waktu tenguk movie sambil makan popcorn. tak pernah kan? mata segar bugar je.
tapi jangan salah. popcorn sebenarnya salah satu makanan bagi memudahkan kita tidur. sebabnya popcorn mengandungi karbohidrat yang membantu penghasilan asid amino dalam otak. asid amino tersebut digunakan untuk menghasilkan serontonin yang merangsang kita untuk tidur. tapi popcorn yang dimakan itu hendaklah bebas daripada gula atau mentega. kiranya makan tak ada perisa apa-apa. boleh buat ke? erkkk


5) Madu Lebah

Akhir sekali ialah madu lebah yang mampu membaiki kualiti tidur. ada blogger yang sarankan supaya saya minum susu dengan taburan badam dan dicampurkan dengan sedikit madu lebah. belum berkesempatan untuk mencuba. tetapi susu, badam dan madu merupakan makanan berkhasiat yang dapat mencergaskan otak. kalau minum waktu sarapan pun boleh rasanya.

Kalau anda mempunyai masalah yang sama iaitu tak boleh tidur malam berlanjutan walaupun dah mencuba pelbagai kaedah, nasihat saya ialah rajinkanlah diri anda untuk berjumpa dengan doktor. jangan buat keputusan sendiri dengan mengambil pil dan ubatan yang dijual di kedai. takut membahayakan kesihatan diri anda pula nanti.


p/s : Alhamdulillah, sekarang tak ada masalah untuk tidur waktu malam lagi




8 comments:

intanfirdaus247 said...

tips yg berguna..kadang2 payah juga nak tidur malam....:))

Mar Mansor said...

bbrp arini x nyenyak tido..asik terigtkan keje,,sampi mimpi2..huhuhu

roslita thalib said...

lepas ni boleh la amalkan salah satu kaedah di atas :) semoga berkesan

roslita thalib said...

ros pun kadang2 macam tu juga. tapi kalau kita asyik fikir lama2 boleh jadi tekanan. mar mansor cuba tenangkan diri dan fikiran. kongsi kan masalah dgn keluarga. Insya Allah sedikit sebanyak hati dan fikiran kita menjadi tenang :)

Ainim Suju said...

saya ni pun jenis susah nak tidur malam..dah la siang pun tak tido..haih

Hijab Valley said...

Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Dapatkan 10% diskaun. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

Terima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com

roslita thalib said...

umm bahaya tu ainim.. tak cukup rehat nanti.

Mimie Najib said...

kalau sy letak kepala je lena..tp klau terlalu penat atau dah tido tetiba bngun mengejut, mmng payah la nak tido balik..