NUFFNANG

Tuesday, 30 April 2013

5 Tips Kekal Sihat & Cergas

Assalamualaikum...

Kadangkala keletihan, kesibukan, stress, dan tekanan emosi menyebabkan kita seringkali mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan. Walhal, ia merupakan aspek paling penting dalam melakukan aktiviti seharian. Kalau sakit, nak update blog pun malas kan!  hihi.

Tips di bawah ni bukan golongan wanita sahaja boleh amalkan, lelaki pun boleh juga. Tak payah keluar modal pun! Simple. Hanya keluarkan tenaga anda sahaja.

Tip 1 : Banyakkan Minum Air

Kuantiti air yang diperlukan oleh seseorang sebenarnya berbeza-beza mengikut aktiviti yang kita lakukan. Kalau orang yang rajin bersukan mungkin mereka akan minum lebih banyak. Bagi orang dewasa normal, 8 gelas sehari pun dah cukup. Tapi jangan sesekali mencuba perkara ini yer (pergi McD dan minta refill air gas sampai 8 kali sebab nak cukup kan kuota 8 gelas!) mau kejung perut anda nanti. tak pasal2 van ambulans yang datang. muehehe. Sebaik-baiknya minumlah air masak. Kan lagi sihat. Jimat duit dan tenaga.








Tip 2 : Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran





Bab ni yang ramai yang tak suka makan kan. Sebab apa? sayur tak sedaplah,pahit,payau,tawar dll (aku pun tak suka juga sebenarnya). Apa yan anda boleh buat ialah cuba masak sayur kegemaran anda. (tak kan semua sayur pun anda tak makan kan). . Sayur dan buah kaya dengan serat dan anti oksidan yang berupaya menyembukan luka dan membaiki sel kulit mati.
                                                                   



  

Tip 3 : Tidur yang Cukup

Tidur yang cukup ialah 8 jam sehari. Tapi saya selalu tidur kurang daripada tu sebab banyak kerja yang perlu disiapkan. Sebab tu kulit muka kusam dan tak berseri je. hehe. Kalau nak kulit cantik berseri-seri, ceria dan segar, tidurlah cukup-cukup ye... Tapi jangan overdose pulak. Bukan tambah sihat, tambah penyakit adalah!







Tip 4 : Bersenam

Siapa suka senam sila angkat jari :P ok, ni aktiviti yang dah lama saya tinggalkan. erkk berbulan jugalah Sebenarnya bersenam boleh membuatkan kita nampak awet muda sebab kulit akan lebih sihat dan halus.  Peluh yang dikeluarkan semasa bersenam dapat membuang toksin dalam badan. Semakin kerap kita bersenam, maka semakin banyak toksin yang akan dikeluarkan.






Tip 5 : Elakkan Merokok
Asap rokok dapat mempercepatkan proses penuaan kerana asap tadi akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru. Lama kelamaan muka akan menjadi pucat dan garis halus semakin bertambah.Stop smoking! Selain dapat menyihatkan badan, ianya juga merupakan salah satu langkah berjimat cermat.
                                                                         




Gambar yang diambil semua merupakan sumber daripada google image.


Nak sihat dan berseri-seri sepanjang hari? Jom amalkan tips di atas :)
Semoga bermannfaat...




Monday, 29 April 2013

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, 28 April 2013

Address Blog Sudah Bertukar!

Assalamualaikum dan salam petang ahad.

Mungkin ada yang cuba search karipapkensar.blogspot.com tapi tak dapat. sebabnya saya baru tukar url blog itu semalam kepada rozeath.blogspot.com.

Kenapa tukar?

1) adik saya cakap url lama itu sangat tak best (adik adalah penyokong setia blos saya. maka haruslah dengar cakap dia) hikhik. kang ada dia malas nak baca my latest entry dekat UMT pulak sebab bosan.

2) adik cakap lagi design blog saya sangat boring! putih semacam dan tak ada perubahan (dalam proses untuk edit blog). jadi langkah pertama yang harus dibuat adalah ubah url blog.. maybe???

3) sebelum followers saya makin bertambah (perasan je kan!) adalah baiknya saya tukar awal-awal bagi mengelakaan kesulitan di masa akan datang...

4) rozeath.blogspot.com lagi mesra didengar dan tak adalah pelik sangat sebabnya...
    rozeath adalah singkatan kepada nama saya (ros= roze) (ath = a.tahlib hamid). bila digabungkan
    maka jadilah rozeath... (erkk merapu ke)

5) kali pertama dan terakhir saya akan menukarnya. kesian orang yang dah follow saya sebelum ini

Maaf dengan segala kesulitan yang dihadapi. huhu. jangan lupa berkunjung ke address baru yer walaupun blog masih sama tak berubah. buahaha. saya akan cuba edit blog secepat yang mungkin.

Adiosss! have a nice day....




Saturday, 27 April 2013

Zoo Johor 2013

Assalamualaikum!

Jika anda berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah ke Zoo Johor. Walaupun Zoo Johor tak adalah semegah Zoo Negara, Zoo Melaka atau Zoo-Zoo yang seangkatan dengannya, tetapi ia merupakan salah satu tarikan ke JB.



Tambahan lagi, Zoo Johor ni bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar yang saya pernah post dulu di SINI. yang menariknya, tiket masuk sangat murah oii! memang tak akan dapat dekat zoo lain punya lah.

Tiket untuk kanak-kanak : RM 1.00 per entry
 Tiket untuk dewasa            : RM 2.00 per entry

Hangpa duduk la lama-lama dalam tu sekalipun, sampai 5 jam pun bayarannya tetap sama. tidak ada cas tambahan dikenakan. muehehe.

Kemudahan yang disediakan pun dah semakin bertambah baik, bersih, binatang pun dah banyak. dijamin tak bosan lah. Masa kecik-kecik dulu selalu jugalah ayah dan mak bawak jalan-jalan ke zoo. dah besar ni, giliran saya pula bawak adik-adik yang lain ke sini. ambil alih tugas ayah. mihmih. tapi bukan saya yang drive. adik no 2 yang drive okehh! kakak dia tak pandai bawak kereta. gagaga


jarang dapat jalan-jalan macam ni sebab masing-masing sibuk kerja dan belajar

dan yang paling pasti budak kecik ni lah yang paling suka dapat terjah segala jenis haiwan yang ada dekat sini. haha.


fadhli, adik lelaki bongsu satu2nya dalam family!

oh iya,, kalau merancang ke Zoo jangan lupa bawa botol air, payung, topi, sunglasses... dan lagi satu. camera. macam mana mau snap2 pic kalau camera tak ada bersama kan.



sangat panas. terbako kulit den.. mana taknya, tengahari buta kami dah sampai ke sini.



2 botol air pun tak cukup taw! haussss...


Jom berkenalan dengan cik kak dan cik abang kita di Zoo. wee~~





Tak berkesempatan untuk melihat elephant sebab elephant tengah trainig dekat kuantan. sob3.

Bagi mengubat lara di hati (ayat bajeet!) , kami sempat main benda di bawah ni....

Tadaaa!!!




RM5.00 x suka hati nak berapa lama. buahaha (1 jam pun boleh kalau kau larat)

Sebelum balik,, sempat juga snap beberapa gambar lagi untuk kenangan...







Friday, 26 April 2013

Ribuan orang menghantar pemergian Ustadz Jeffry Al-Buchory (UJE)


Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

Berita pemergian Ustadz Jeffry yang meninggal kerana kemalangan pada 1 pagi tadi (waktu jakarta) memang mengejutkan ramai pihak. Beliau pergi di usia 40 tahun dan meninggalkan 4 orang putera puteri yang masih kecil.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum'at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]





Mungkin di Malaysia ramai yang tidak mengenali dan mengetahui siapakan UJE yang saya sebutkan. Namun, di Indonesia, UJE merupakan tokoh pendakwah yang sangat terkenal dalam membimbing dan memberikan ceramah kepada jutaan orang yang mendengarnya. Ceramahnya yang sempoi membuatkan ramai yang tertarik tanpa mengira usia.

Saya tinggal di Johor Bahru dan kebetulan dekat dengan Batam. Jadi ada 2, 3 channel Indonesia yang dapat kami tonton dan mengenali Almarhum Ustadz Jeffry melalui program yang disiarkan di TV Indonesia. Saat mengetahui pemergian beliau, jujur saya sedih dan terkejut. 

Ribuan orang menghantar pemergian beliau. Bukan hanya keluarga dan sahabat yang merasa kehilangan malahan seluruh rakyat Indonesia turut berdukacita. 


gambar ketika Almarhum Ustad Jeffry dibawa ke Masjid Istiqlal untuk disembahyangkan.
ribuan jemaah membanjiri perkarangan masjid.

Difahamkan Ustad Jeffry tidak sihat ketika menunggang motosikalnya ketika mahu pulang ke rumah dan akhirnya melanggar pokok di tepi jalan. 


keadaan motor yang rosak teruk

Almarhum Ustaz Jeffry dikebumikan satu liang dengan almarhum ayahnya selesai solat jumaat. 

Semoga roh Ustad Jeffry dicucuri Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Ustaz Jeffry. semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.






Wednesday, 24 April 2013

Tips : senang tidur malam

Mungkin ramai di antara kita yang sukar untuk tidur di waktu malam. saya pun salah seorang daripadanya. (sangat tension bila tak boleh tidur). grrr

Puncanya ialah :


  •  tidur yang terlalu lama di waktu petang
  •  badan terlalu letih (pun susah untuk tidur sebab sakit badan)
  •  makan terlalu banyak sebelum tidur
  •  tekanan dan kerisauan yang melampau (masalah kerja, keluarga, peribadi etc)
  •  masa tidur yang tidak menentu
  •  faktor sekeliling (bunyi bising, tidak selesa etc)
  •  insomnia (kes berat. baik rujuk doktor untuk rawatan selanjutnya)


Dalam entry yang lepas saya pernah post mengenai masalah ini. ramai rakan blogger yang memberikan pandangan dan tips untuk mengatasi kesukaran tidur di waktu malam.

Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah :


  • limitkan masa untuk tidur siang kepada 30 minit atau 1 jam sahaja
  • buat aktiviti yang mencergaskan badan pada waktu siang (beriadah, jogging, berbasikal, shopping etc)
  • cuba ubah tabiat untuk tidur mengikut masa yang telah ditetapkan.tidur yang paling baik adalah 7 hingga 8 jam sehari
  • pastikan tempat tidur dan keadaan bilik selesa serta kemas. (letak fragrance yang menenagkan di dalam bilik tidur)
  • bersihkan diri sebelum masuk tidur (mandi secukupnya untuk menghilangkan lekit pada badan)
  • solat sunat 2 rakaat dan berzikir (perkara yang saya selalu lakukan apabila sukar untuk tidur. Insya Allah lepas 10 minit dah boleh tidur) 
  • baca doa sebelum tidur untuk elakkan benda asing 
selain daripada itu, ada beberapa makanan sampingan (bukan ubat sampingan) yang boleh diambil bagi memudahkan proses tidur.


Makanan sampingan yang boleh diambil :

1) Bijirin

Kajian menunjukkan bahawa minum segelas bijirin rendah gula sebelum tidur mampu menstabilkan "mood" dalam otak dan berupaya untuk mendapatkan kualiti tidur yang berkesan.
Saya sudah mencubanya sendiri dan ternyata berkesan. saya lebih suka mencampurkan bijirin dan sesudu milo untuk menambahkan perisa. hehe. lepas 10 minit anda akan dapat melihat sendiri hasilnya. ngantuk betul!

2) Telur Rebus

Pernah berasa lapar waktu tengah malam?  ada orang cakap telur rebus boleh memudahkan proses tidur dan pada masa yang sama berkesan untuk mengenyangkan perut yang dilanda kelaparan. hehe. sebanya telur tinggi dengan kandungan protein. tapi masyarakat sekarang lebih suka makan putih telur sahaja daripada kuning telur. sebabnya, nak jaga badan, diet, dan nak elak kolesterol.


4) Popcorn

Popcorn ni kita akan selalu jumpa waktu tenguk movie. tak sah kalau tak ada popcorn dan secawan air gas. rasa macam ada benda yang hilang gittuuu! tapi kan kalau anda perasan, pernah tak rasa ngantuk waktu tenguk movie sambil makan popcorn. tak pernah kan? mata segar bugar je.
tapi jangan salah. popcorn sebenarnya salah satu makanan bagi memudahkan kita tidur. sebabnya popcorn mengandungi karbohidrat yang membantu penghasilan asid amino dalam otak. asid amino tersebut digunakan untuk menghasilkan serontonin yang merangsang kita untuk tidur. tapi popcorn yang dimakan itu hendaklah bebas daripada gula atau mentega. kiranya makan tak ada perisa apa-apa. boleh buat ke? erkkk


5) Madu Lebah

Akhir sekali ialah madu lebah yang mampu membaiki kualiti tidur. ada blogger yang sarankan supaya saya minum susu dengan taburan badam dan dicampurkan dengan sedikit madu lebah. belum berkesempatan untuk mencuba. tetapi susu, badam dan madu merupakan makanan berkhasiat yang dapat mencergaskan otak. kalau minum waktu sarapan pun boleh rasanya.

Kalau anda mempunyai masalah yang sama iaitu tak boleh tidur malam berlanjutan walaupun dah mencuba pelbagai kaedah, nasihat saya ialah rajinkanlah diri anda untuk berjumpa dengan doktor. jangan buat keputusan sendiri dengan mengambil pil dan ubatan yang dijual di kedai. takut membahayakan kesihatan diri anda pula nanti.


p/s : Alhamdulillah, sekarang tak ada masalah untuk tidur waktu malam lagi




Monday, 22 April 2013

Scholarship lain yang masih dibuka sehingga Mei 2013

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang kecewa apabila program biasiswa tajaan JPA ke luar Negara telah ditutup secara rasmi pada awal bulan 4 iaitu pada 1.04.2013.

Namun begitu, para pelajar lepasan SPM 2012 yang masih mencari tajaan scholarship daripada pihak lain boleh berbuat demikian melalui website AFTERSCHOOL SCHOLARSIP  

Hanya scroll ke bawah dan lihat sponsor yang dingini dan click pada link tersebut.

Antaranya ialah :

1) Tarikh tutup PERMOHONAN pada  30.09.2013


    * SAMLING SCHOLARSHIP

2)  Tarikh tutup PERMOHONAN pada 17.05.2013

     * Putrajaya Perdana Scholarship
     * Scholarship for Japanese Studies (Monbukagakusho:MEXT)

3) Tarikh tutup PERMOHONAN pada 10.05.2013
     
    Gamuda Scholarship Award 2013
    * Hong Leong Foundation
    * Maxis Scholarship for Excellence Award (Local & Overseas)

4) Tarikh tutup PERMOHONAN pada 30.04.2013
 
    * Lion-Parkson Foundation Scholarships
    * Indian Council for Cultural Relations Ayush Scholarship
    * Sime Darby Scholarship 2013 – Skill Enrichment Programme
    * Sime Darby Scholarship for Underpriviledged

5) Tarikh tutup PERMOHONAN pada 26.04.2013

    * PIDM Undergraduate Scholarship

Untuk memohon calon hanya perlu click pada pautan link di atas. dinasihatkan agar calon membaca terlebih dahulu segala syarat yang termaktub sebelum membuat permohonan.

GOOD LUCK  :)


    



Sunday, 21 April 2013

Jom makan : Sup Ketam

Jom makan!

sup ketam buatan mak di rumah. memang terbaik :)


ada yang tidak tahu bahawa sebenarnya sup ketam merupakan salah satu penawar 
penyakit demam denggi.

kebanyakkan pesakit yang mencubanya akan beransur pulih. sebabnya platelet yang menurun ketika demam denggi akan meningkat semula secara mendadak dan menyembuhkan pesakit tersebut dengan kadar segera. 

dan yang pastinya sup ketam merupakan menu yang agak mahal...

sebabnya... 

ketam dah makin mahal oiii! 

harga ketam di pasar borong sekarang adalah RM23 untuk satu kilo.

agak mahal. tapi kalau sekali sekala keluarkan bajet lebih untuk makan mewah apa salahnya dak. hehe.

psttt.... sangat beruntung duduk di rumah di kelilingi family sebab boleh makan sedap-sedap tiap hari. keke.





Wednesday, 3 April 2013

Pengalaman Peperiksaan Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum.

lama tak mengupdate blog. hari-hari dok baca entry yang sama memang sangat bosan... tuan dia pun dah bosan tenguk blog yang dah habuk berhapak ni. hihi.

bukan apa, minggu ini dan minggu-minggu seterusnya sangat busy dengan peperiksaan. mau pecah kepala otak den ni. huhu.

01.04.2013. april fool lah sangat!

itu tarikh keramat masuk dewan peperiksaan tau dak. ermmm lebih kurang 2 hari yang lepas. bukan april fool yang dok kenakan kawan-kawan, adik beradik, sepupu-sepapat tu semua... uhuk.


2 buku tebal, 1 buku nipis untuk dibawa ke putrajaya dari johor bahru.. dibawa okeeehhh bukan dibaca. kekeke. mentang-mentnglah open book test,,, suka suki  mu sahaja kan tak baca roslita!.

nak buek macam mana, den busy dengan kerja lain. hihi. 

pengalaman?

1. buku sangat berat ohh yeaa! travelling 4 jam bersama buku-buku tercinta. macam nak patah pinggang bawak beg. penuh dengan buku ja.

2. walaupun open book test, kau jangan hingatlah boleh score 100%. buahaha. why? sebabnya masa tak akan cukup untuk refer buku, then tenguk soalan, pastu isi jawapan. at last, ada 3, 4 soalan tu hentam ja.. muehehehe.

3. yang ini penting. nasib baik la sempat tagging buku. kalau tak, lagi lama lah nak mencari jawapan dalam setiap ceruk penjuru buku ni. 


4. nasib baik lh bawak slip exam. kalau tak, hangpa memang tak kan dapat masuk dewan la. harap maaf, sila datang kembali untuk siri berikutnya. mau menangis engkau di situ. dah la JB dengan Putrajaya sangat jauh. 350 km! ohh man.

5. hihi. malu pula nak cerita. orang lain semua pakai pensel 2B / BB untuk isi borang OMR. kita pula ni kan pakai pensel hotel ancassa masa kursus kat PD yang tak ada B langsung. malu den kena tegur dengan pengawas peperiksaan. dah pensel tu je yang ada. hentam jelah.

itu sahaja setakat ini. pengalaman,, sangat best dapat jumpa kawan-kawan lama masa kursus 5 bulan yang lepas. yang tak bestnya, lepas exam, semua terus balik. tak sempat snap pic dengan mereka semua.

ambil pic dengan rakan sekerja satu office jelah. lalitah!


ayooo! gambar blur lah pulak.... (nak tunjuk ketebalan buku je di situ) hikhik.


from dewan peperiksaan utama, aras 6 di putrajaya. pemandangan yang cantik. cuma ini je yang mampu di snap. itupun pakai telipon orang lain!

p/s : tengah bersiap sedia untuk pepriksaan akan datang. 7/4, 9/4, 11/4. 18/4. xoxo. wish me luck.

p/s/s : memang blog akan lebih teruk berhapak lepas ni.