NUFFNANG

Tuesday, 19 March 2013

Julia Perez dihukum penjara 3 bulan oleh mahkamah Indonesia

google image

Siapa yang tak kenal Julia Perez kan. Artis Indonesia yang selalu buat kontroversi ; gambar seksinya, kisah percintaan yang tak dapat restu family, gaduh dengan artis lain dan macam2 lagi.

Baru-baru ni JUPE(julia perez) pun pernah bikin kontroversi hangat di negara kita dengan mengutuk dan memperlekehkan kualiti drama Malaysia. memang bikin panas sekejap. nasib baik la dia cepat sedar diri dan terus minta maaf. kalau tak,, mahu dia dikerjakan jutaan rakyat negara kita ni. hehe

Semalam, 18/3/2013 JUPE ditangkap dan ditahan oleh polis Indonesia selepas menjadi buruan selama 21 hari.

JUPE dikenakan 3 bulan penjara gara-gara kes pergaduhannya dengan Dewi Persik pada tahun lepas. memang teruk DEPE (Dewi persik) kena belasah. sampai lebam2.



mula-mula diorang ni cuma shooting untuk satu filem. kena lakonkan watak gaduh mulut. tiba-tiba JUPE naik angin and serang DEPE. bertumbuk, bergusti, semua lengkap. memang seram tenguk.

nasib baik la cuma 3 bulan je. kalau 3 tahun macam mana la ye.... huhu. lama tu.

semoga julia perez dapat mengambil iktibar dari kejadian ni.

p/s masa kecil-kecil dulu selalu juga gaduh ngan adik. tapi gaduh-gaduh manja jer la.






2 comments:

intanfirdaus247 said...

entahlah dia ni..ntah pape

roslita thalib said...

itulah...suka buat kontoversi tah apa2. huhu