NUFFNANG

Thursday, 7 February 2013

Mak jealous bila ayah yang kena peluk!

Cerita dah lama berlalu. 4 tahun yang lepas rasanya. masa tu aku 18 tahun. baru lepas SPM.

Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba nak tulis entry pasal ni. xoxo

Nak dijadikan cerita... satu hari tu aku dapat berita bahawa kawan yang paling rapat dengan aku meninggal dunia. aku tahu pun dah lepas seminggu dia pergi. sedih sangat. memang satu malam nangis ja.

sebab selama ni arwah yang dok kacau-kacau aku, mesej selalu, bagi nasihat. rasa terkilan bila arwah pergi dengan tiba-tiba.

kemuncaknya, pagi tu bangun-bangun terus masuk bilik ayah ajak dia teman pergi muar. sebab nak melawat keluarga arwah dan kubur dia. memang air mata tak berenti jatuh.

lepas tu dengan tak semena-mena terus peluk ayah sambil nangis...

ayah tanya...  "kak ita ada apa-apa ke dengan dia (means bercinta ke)?" sampai ajak pergi muar. kan jauh tu. kalau drive pun mau 3 jam sampai.

aku jawab lah tak. kawan ja. lepas tu ayah tanya lagi. "kak ita kenal ke dengan family dia semua?'

aku jawab lagi... tak kenal dan tak pernah jumpa langsung pun. baru kawan 3 bulan.

dalam keadaan berpelukan, ayah bagi nasihat yang panjang. dah boleh contol nangis. ayah cuma suruh doakan untuk arwah dan redha dengan ujian ni.

keluar dari bilik. mak tanya kenapa peluk ayah? nangis pula tu. tenguk muka mak dah berubah.

sah jealous! fikir aku dalam hati. aku jawab entah tak tahu. hehe. mana taknya. bila ada masalah cari ayah, peluk ayah. mak tak tahu cerita apa pun. mak macam merajuk.

last-last aku pun peluk mak dan cakap masalah dah settle :)

walaupun dah besar panjang.... aku tetap peluk ayah. rasa tenang sangat. ada juga orang cakap, tak malu ke dah besar pun peluk ayah lagi...

bagi aku, ayah tu ayah kandung kita. kenapa perlu malu. masa kita baby dulu, tiap-tiap hari ayah peluk cium kita.

walaupun ayah tak cakap apa-apa bila aku selalu peluk cium mak waktu pagi or pergi kerja or keluar mana-mana... aku faham yang ayah pun inginkan anaknya lakukan perkara sama kat dia. siapa lagi boleh buat macam tu kalau bukan anaknya kan.









4 comments:

ikaa said...

beruntung sebab masih punya ayah..so utamakan mereka sblum yang lain, sebab mereka tiada ganti berbanding yg lain...

:)

roslita thalib said...

yup,, betul :) terima kasih ikaa

anismj said...

sdih kite bca..huhu..

roslita thalib said...

terima kasih baca entry ;)