NUFFNANG

Thursday, 24 January 2013

kenapa orang suka berdiri di satu part sahaja

Assalamualaikum

Di tengah kebosanan yang melanda tahap melebihi 100%, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu (ayat bajet gramatis je) muehehe.

Kenapa orang bila naik bas (pengangkutan awam) suka berdiri di depan daripada di belakang?

sekadar hiasan - google image

bas kan ada 2 part. bahagian depan dan belakang. bila bas tu da penuh, orang suka bekerumun ramai-ramai dekat depan. padahal dekat belakang banyak lagi ruang kosong.

urmm you know what i mean right. kalau tak tahu, sila cuba sendiri pengalaman naik bas dengan penumpang yang sarat. mihmih

Aku merupakan penumpang setia pengangkutan awam ni. ibaratnya aku dengan drebar bas ni memang kamcing abis lah. haha. yelah, nak pergi mana sahaja aku akan naik bas panjang ni. orang tak pandai bawa kereta memang macam ni lah jadinya.

Ada aku kisah walaupun bersusah payah tunggu bas berejam kadang-kadang. yang penting sampai ke destinsai dengan selamat walaupun bengang juga la kalau bas tak ada. lagi-lagi kalau nak cepat. memang @#$%^&* jelah kan.

Berbalik pada cerita di atas. aku pun tak pasti mengapa hal sebegini menjadi trend daripada dulu lagi. aku  ada pengalaman menaiki bas awam selama 11 tahun! boleh masuk malaysian books of record tak? :P

Sebab itulah aku dah masak dengan senario macam ni. cuma tak pasti lah sebab-sebab yang terperinci kenapa orang tak nak berdiri dekat belakang. walaupun penuh, sanggup juga bersesak-sesak di bahagian depan tu. (aku pun 2x5 juga) xoxo.

hurmm musykil kan. semalam baru lepas naik bas dari tempat kerja. perkara yang sama berlaku. bas tu memang penuh. waktu kemuncak orang balik kerja memang begitu lah.

Semua berdiri dekat bahagian depan. bila aku masukkan duit dalam tabung, toleh belakang.. la,, banyak lagi ruang kosong kat belakang tu. kenapa lah orang tak nak berganjak sedikit dan bagi ruang kepada penumpang yang lain. aku pun tak faham.

Daripada memeningkan kepala yang memang tengah berserabut masa tu, aku pun decide diri kat depan tu juga lah. gagaga.

Malas nak berhimpit semata-mata nak pergi belakang.

Ada sesiapa yang menggunakan perkhidmatan bas awam di sini?

Ke aku sorang je penumpang sejati bas awam ni.............! xexe

# Salam Maulidur Rasul buat rakan bloggers semua. mari perbanyakkan selawat kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w :)









13 comments:

Dear KHY said...

nak cepat turun kot

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

sebab x da keyakinan kalau duk kat belakang..... :D

Mohd Selim Zainal said...

pernah jugak naik bas awam bila kereta rosak...ok aje. cuma kalu nak cepat tu x dapatlah....nak punch kul 8.00am kena naik bas kul 6.00 atau 6.30am kalu x lambat lah....

mselim3

ara gshasaa said...

hahaha.. mmg pun!! senang nk msk n trun lau duk depan...
try la ambk lesen 1 msia... hehehe

adza irdawati said...

rasanya duduk kat depan lagi selamat.. selamat dr tangan2 yg gatal dan dari pencopet.. sbb tu rasanya ramai yg lg suka duduk di hadapan senang kalau ada apa apa boleh terus je jerit kat driver bas kan kan kan

Nisah Idham said...

Salam maulidur Rasul yang..
akak jarang-jarang naik bus..
tp dulu time form 4 & 5, akak g sekolah naik bus..
huhu akak pun duk dpn jugak, betul2 kat tangga...
nasib badan besar, xde le melayang kan.. ngeh ngeh ngeh..

roslita thalib said...

hehe betul juga. tak pun jerit je kuat2 kat drebar bas tu. mau terkejut dia. ;)

roslita thalib said...

baru lepas daftar lesen 1 msia. kenapa la tak bagi disc untuk kereta sekali :p da bagi betis nak peha pulak ye. dushh

T.H said...

good post hehe..

oh check giveaway
http://namesherry.com
http://www.whateverygalwant.info
diff giveaay above

Mrs Velentine said...

MV tak naik bas,.hehe..tapi sebab senang nak turun kot..

seribupilihan said...

pernah naik bas..tp tak perasan pulak org suka dok kat depan ramai2..:)

roslita thalib said...

nanti wat survey okehh. tenguk betul ke tak..hihi

roslita thalib said...

urmm mungkin juga... sama macam kawan saya. dia pun tak pernah naik bas langsung