NUFFNANG

Monday, 28 January 2013

Jalan-Jalan Terengganu - Part 1

Walaupun dah hampir 3 bulan berlalu, aku nak post juga pasal JJT (jalan-jalan terengganu)

weeheee~ mengada betuls! =P

adakah disebabkan tahun 2013 merupakan tahun melawat terengganu then baru aku nak post? adakah aku sengaja mencipta publisit di sini... jawapannya, tidak sama sekali ok!

tak ada motif apa-apa pun sebenarnya.

dan...

Sila percaya yang bahawasanya ini merupakan first trip aku without family :)

susah juga dapat kebenaran daripada mak dan ayah. bila tanya mak, mak suruh tanya ayah. kalau ayah bagi, baru boleh pergi. see, bukti yang mak dan ayah sayang dan jaga aku baik-baik. bukan mereka mengongkong. tapi lebih kepada menjaga keselamatan anaknya. sekarang kan macam-macam kes berlaku. huhu

nasib ada adik yang study dekat UMT (universiti malaysia terengganu). kalau tak, jangan haraplah aku dapat berkeliaran jauh-jauh. hehe

Part yang paling best adalah, my adik baru dapat lesen. so memang best kalau merayap ke mana-mana sahaja. tapi part yang tak bestnya adalah kakak dia (akulah tu) tak pandai bawa kereta sama sekali. haha. sila gelak ye.

driver and co-driver for 2 days 1 night 
yuni and izat

First place untuk dikunjungi pada hari itu ialah Muzium Terengganu

Jom belajar sejarah :)

FYI, Muzium Terengganu merupakan muzium yang paling besar di Malaysia dengan keluasan 27 hektar. ada 4 blok kesemuanya. dan setiap blok tu ada 3 tingkat. huhu. semput kejap turun naik semua tempat.

Antara galeri yang ada disitu ialah Galeri Islam, Galeri Diraja, Galeri tekstil, Galeri sejarah, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian, Galeri kraftangan.

Sangat besar ok. tak larat den nak jalan. tapi berkat kesabaran yang tinggi, kami sempat menerjah dan melawat semua tempat walaupun cuaca panas terik pada ketika itu.

Kami tak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar dalam muzium. jadi, gambar yang ada ialah di sekitar muzium sahaja.

main entrance

adik and her friends


in front of Galeri Petroleum


view from upstairs

petunjuk jalan. sangat luas ok!

korek duit syiling dalam beg. kehausan


100 plus or cincau? hehe



jom main pondok-pondok :D

unik

panas-panas pun sanggup juga

ramai juga orang cakap "apa barang pergi bercuti melawat muzium"

but, we had so much fun! serius wehh.

tak ada la teruk sangat melawat muzium. selain dapat jalan-jalan, boleh juga timba ilmu pengetahuan. memang tak bosan kalau dapat tenguk peninggalan zaman dahulu. best best best. macam orang jakun aku dalam muzium tu bila tenguk benda yang tak pernah dilhat sebelum ni.

kalau boleh ambil gambar dalam muzium tu, memang aku lah orang yang paling excited nak tunjuk dekat korang semua. hehe

Ada lagi 3 tempat yang aku pergi. tapi part 2 sambung esok-esok ok. tak larat nak upload pic dengan kelajuan internet yang macam siput. mau pengsan tunggu. xoxo


6 comments:

Carl Lesmana said...

wow best. welcome to terengganu. hikhik.

Nisah Idham said...

best.. akak suke pondok tu..
teirngin pulak nak lepak2 kat situ..
erkk boleh berkelah tak dlm pondok tu ??

roslita thalib said...

hehe...entah la. tapi suasana dekat situ best. macam dekat tepi pantai. sebelah pondok tu ada 2 bot nelayan. comel je

siti fatima Arifin said...

tahniah..dah boleh sampai dan bercuti di Terengganu

seribupilihan said...

waa,visit sakan negeri kita..selamat datang ke negeri terengganu..seronok kan..ada rezeki boleh jumpa dgn kita nanti..:-)

roslita thalib said...

insyaallah.. 2014 ada plan nak datang sana lagi. konvokesyen adik :)