NUFFNANG

Friday, 11 January 2013

Hidup perlu ada perancangan

Assalamualaikum dan salam jumaat

Baru hari ini aku berkesempatan untuk menulis entry yang pertama dalam tahun 2013 :) setiap hari buka blog, tapi tenguk dan baca entry rakan blogger yang lain ja. bila nak update blog sendiri pula, rasa macam tak tahu nak tulis apa. hoho. sebabnya kemalasan telah mempengaruhi minda untuk duduk diam sahaja, tak payah buat apa-apa. *pemalas betul.

HAPPY NEW YEAR! selamat datang tahun 2013 dan selamat tinggal 2012. nah bunga api dari encik google.


erkk masih belum terlambat lagi kan nak wish walaupun hari dah 11/01/2013. hehe ala sama ja. 1 juga angkanya. cuma angka 1 tu ada dua (11). so jadi la 11. dah dah. tak payah nak melalut pasal angka dan numbur kat sini. ada perkara yang lebih penting daripada itu.

AZAM  BARU, SEMANGAT BARU adalah perkara yang paling sinonim dengan pergantian tahun. setiap tahun pasti ada sahaja azam atau impian yang dicita-citakan. tak kiralah sama ada tua atau muda, kecil atau besar. saya atau awak, kamu atau dia. semua ada azam masing-masinglah. betul tak. apa azam anda tahun ni? nak beli kereta baru, nak ada rumah sendiri, nak dapat 10 A's dalam SPM atau nak duduk goyang kaki sepanjang tahun? hihi ada ke orang macam tu. kalau ada, sila ubah matlamat anda cepat-cepat ye sebelum terlambat. azam aku tahun ni.....

urmm nak kahwin cepat-cepat. yeaaa! :) haha melawak sungguh. calon pun tak ada, macam mana nak kahwin. berangan je lebih.

Tapi korang dan anda semua perasan tak segala impian, azam dan matlamat yang kita impikan dan cita-citakan tidak akan menjadi kenyataan tanpa adanya perancangan terlebih dahulu. senang cerita, kalau kita tak plan awal-awal, confirm lah semua benda pun tak akan menjadi. ibaratnya macam kita nak pergi barang dapur. mestilah kita dah plan awal-awal,, contoh "ohh aku nak pergi TESCO jelah beli barang-barang dapur. selain jimat duit sebab barang murah, dapat juga menjimatkan tenaga dan masa sebabnya TESCO sebelah rumah aku je" haha. lebih kurang macam tulah. kalau kita tak plan dan fikirkan apa yang kita nak buat mestilah ekau sendiri yang pening akhirnya.


Bulan JANUARI baru 11 hari berlalu. dan kita masih ada 11 bulan lagi untuk menyempurnakan impian untuk tahun ini. tidak salah kan kalau kita rancang dari awal lagi apa yang perlu untuk dilalakukan agar benda yang kita inginkan tercapai juga akhirnya. ini antara contoh azam yang orang selalu nak kan sangat-sangat. :

1) azam nak kurangkan berat badan
- azam yang sangat famous sekali. semua orang nak kurus, cantik dan sihat. tapi benda inilah yang paling sukar dilakukan. arghh. aku sendiri pun susah nak tahan nafsu makan ni. muehehe. tapi kalau dah azam, kena buat juga kan. first, mestilah kena kurangkan kalori dalam hidangan. makan ikut masa. jangan berlapar pula. diet bukan bererti tak makan langsung ye. salah sama sekali. haa, plan lah pergi jogging atau gym dengan kawan-kawan atau family. seminggu dua kali pun dah memadai. sebulan 4 kali. kalau setahun buat, berapa banyak kalori dan lemak yang terbakar. cuba bayangkan kejap. confirm tahun 2014 slim mlim. tapi aku pasti 2015 berat akan makin ber "double"  sebab 2014 pulun makan banyak-banyak. balas dendam sebab 2013 tak dapat makan. buahahaha


2) aku nak kahwin tahun ni
- ehh, bukan aku taw. kawan saya punya kawan yang berazam untuk mendirikan rumah tangga tahun ni. semoga tercapai niatnya itu. kalau anda pun ada niat yang sama, sila plan secara berhemah. duit simpanan mesti mencukupi. kalau boleh elakkan daripada pinjam daripada bank. sebabnya takut tak boleh bayar balik. kalau pun duit tidak cukup untuk buat majlis yang grand, sederhana sahaja lebih baik. yang penting selesaikan benda wajib. dah tahu nak kawin, jangan membazir beli benda yang tak perlu pula. kang ada lepas kahwin makan pasir lak. hehe. gurau je


3) nak semua A dalam exam
- aku pun pernah berazam nak dapat semua A dalam UPSR,PMR,SPM & STPM. tapi itulah. dulu-dulu tak ada kesedaran untuk merancang pembelajaran daripada awal tahun. kan dah terkantoi. huhu. bagi adik-adik yang nak ambil exam besar tahun ni, rancanglah jadual waktu anda sebaik mungkin. maksimumkan masa yang ada untuk menelaah pembelajaran dan membuat nota-nota penting. kalau kita dah plan daripada awal, tak adalah kelang kabut masa hari peperiksaan nanti. STUDY SMART NOT STUDY HARD.


Banyak lagi azam yang tak disebutkan. di atas itu hanya sebahagian daripada contoh umum sahaja. walau apa pun perkara yang ingin kita lakukan, rancanglah sehabis baik dan sebijak yang boleh agar kita tidak menyesal di kemudian hari. kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH S.W.T juga yang menentukan segalanya.

salam jumaat daripada saya, roslita :) 

1 comment:

Farina Hunny said...

nk kawin ! :D
but bukan this year laa . hehe ^^